fbpx

Kempen Sokong Produk Muslim

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 243Words
  • 569Views

Kempen sokong produk Muslim – bagaimana dengan produk kewangan dan perbankan?

  1. Bukan setakat sokong malah WAJIB menyokong perbankan dan kewangan TANPA KHILAF, jika nak guna.
  2. HARAM juga menggunakan sebarang fasiliti daripada institusi kewangan dan perbankan RIBA konvensional, juga TANPA KHILAF.
  3. Barulah sokong dan utamakan institusi kewangan dan perbankan Islam milik orang Islam – peringkat ini, ia ada khilaf.

Pilihan ada, tinggal kita yang membuat keputusan.

Tidak seperti produk penggunaan harian dan makanan, ramai yang tertukar antara produk Muslim dan non-Muslim sebab semuanya ada halal JAKIM, serta nama produk mirip nama orang Islam dan siap tulisan jawi.

Ia kadang-kadang mengelirukan. Kalau tak ada kempen sebegini, tak ramai tahu dan bezakan mana produk-produk Muslim dengan produk non-Muslim.

Tapi dalam sistem kewangan di Malaysia, terang dan jelas untuk bezakan antara yang halal dan yang haram.

Jika produk kewangan seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan kenderaan, pembiayaan ASB ; akan ada “cop” atau pengesahan perbankan Islam

Jika produk insurans pastikan yang ada perkataan takaful. Jika tiada, ia adalah insurans riba walaupun ia produk investment link yang dilaburkan ke dana patuh syariah – tidak ada khilaf.

Jika produk pelaburan, ia akan tulis secara jelas tentang kepatuhan syariah atau tidak.

Masih melanggan produk kewangan riba konvensional?

Inilah masa terbaik untuk berhijrah.

Salam Ma’al Hijrah.

Afyan Mat Rawi
1 Muharam 1441

(Gambar pertama saya ambil dari posting viral)

Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/AfyanIFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Memang tak ada pun kempen boikot produk non-Muslim secara serius.…