fbpx

Kenapa 5 Billionaire ini pakai kereta murah?

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 635Words
  • 555Views

KENAPA 5 BILLIONAIRE INI PAKAI KERETA MURAH?

Membaca artikel daripada CNBC ini tentu akan mengejutkan kita semua.

Dan pasti akan ada yang sentap dan Insaffff.

Tak mustahil ada juga yang akan meroyan berikan pelbagai komen seperti gaji di Malaysia kecil, harga kereta mahal, cukai kereta tinggi dan sebagainya untuk memberi justifikasi membeli kereta mahal.

Apa sahaja tanggapan pembaca, kita perlu menerima hakikat bahawa ada jugak billionaire yang pilih pakai kereta murah walaupun duit berlebih-lebihan.

Kenapa diorang tetap sederhana dan tak nak beli kereta mewah untuk show off seperti founder-founder produk di Malaysia? 🤣🤣

Jom kita tengok cerita 5 billionaire yang terkejutkan semua orang dengan pilihan kereta diorang ni.

1. Warren Buffett – CEO yang suka jimat

Warren Buffett, bos besar Berkshire Hathaway, ni memang dikenali sebagai billionaire yang suka berjimat cermat.

Walaupun duit melimpah ruah, dia takkan pernah belanja lebih dari $3.17 untuk sarapan pagi. Rumah yang dia beli pada tahun 1958 pun dia tinggal lagi, walaupun harganya hanya $31,500 (kalau sekarang harga rumahnya $260,000).

Pada tahun 2014, dia beli Cadillac XTS dengan harga kira-kira $45,000. Kereta ni jadi upgrade daripada Cadillac DTS 2006 sebab anaknya Susie kata dia malu ayahnya pakai kereta lama 😆

Alasan Warren Buffett? Dia pernah berkata kepada Forbes, “Aku bergerak sekitar 3,500 batu setahun je, jadi jarang la aku beli kereta baru.”

2. Mark Zuckerberg – Founder Facebook yang sederhana

Mark Zuckerberg, pencipta Facebook, ni memang terkenal dengan gaya hidup sederhana dan tak gemar pamer kekayaan. Takacam founder produk timbang kilo di Malaysia. Hahaha…

Salah satu contohnya, tengok kereta dia je. Biasanya dia pakai Acura TSX hitam yang harga dalam $30,000. Dia suka kereta ni sebab dia kata selamat, selesa, dan tak mencolok.

Selain Acura TSX, ada khabar Mark Zuckerberg ada Volkswagen GTI jugak, harga pun dalam lingkungan yang sama. Walaupun jadi antara orang paling kaya di dunia, dia tak nak beli kereta mewah untuk show off.

3. Alice Walton – Waris kekayaan Wal-Mart yang Sederhana

Alice Walton, waris kekayaan Wal-Mart, ni memang wanita terkaya dunia sekarang lepas Liliane Bettencourt meninggal. Walaupun ada duit melimpah-ruah, dia tetap guna Ford F-150 King Ranch 2006 je, harga pun dalam $40,000 je.

Yang menariknya, kereta tu pun sebenarnya sama macam yang ayah dia, Sam Walton. . Ayah dia pakai trak serupa versi tahun 1979 sampai dia mati tahun 1992. Dengan guna kereta sederhana, Alice Walton nak tunjuk hormat pada legasi ayah dia dan tunjukkan sederhana dia pada dunia.

4. Ingvar Kamprad – Jimat sampai hujung rambut

Pendiri IKEA, Ingvar Kamprad, ni memang terkenal dengan tabiat berjimat dia. Dikhabarkan, dia hanya potong rambut apabila dia berada negara membangun, waktu outstation. Nak jimat punya pasal!

Dulu-dulu, Ingvar Kamprad memandu Volvo 240 GL 1993 selama dua dekad. Dia hanya bertukar kereta pada usia 91 tahun, selepas ada orang tegur dia merata itu bahaya untuk orang berusia sepertinya.

Harga asal kereta tu dalam $22,000, tapi pada waktu dia jual balik, dah tak berapa bernilai, cuma dalam beberapa ribu dolar je.

5. Steve Ballmer – Si Bos Clippers yang setia pada Ford

Steve Ballmer, pemilik Los Angeles Clippers dan bekas CEO Microsoft, memang peminat tegar kereta Ford sepanjang hidup dia. Sebab apa? Sebab bapanya dulu ada jadi pengurus di Ford Motor Company.

Pada tahun 2009, Ballmer diberi sebuah Ford Fusion Hybrid yang baru oleh CEO Ford masa tu, Alan Mulally, sempena pencapaian mereka mencapai satu juta kereta yang dilengkapi dengan sistem komunikasi dan hiburan in-vehicle, SYNC.

Harga asal kereta tu dalam lingkungan $28,000. Steve Ballmer memang bangga dengan pilihan kereta dia dan setia pada jenama yang bapanya ada kaitan dengan tu.

Apa kesimpulan yang anda dapat daripada artikel ini?

Topik di atas adalah antara content dalam buku terbaru saya FINANCIAL INDEPENDENCE, RETIRE EARLY (FIRE)

Dalam buku ini saya ada kongsikan perbezaan ORANG KAYA vs ORANG YANG ACAH-ACAH KAYA 😅

Orang acah-acah kaya ni sebenarnya tak kaya mana pun tapi mereka dilihat kaya dan memang mahu dilihat kaya.

Siapa nak baca? InsyaAllah akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan datang.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sejak akhir-akhir ini ramai betul yang bertanya pasal Gigamax. Saya…