fbpx

Kenapa Anda Perlu Sertai LavidaCoin

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 335Words
  • 311Views

40 Dalil Kenapa Anda Perlu Sertai LavidaCoin

1. Ia diasaskan oleh individu yang penuh kontraversi. PhD diragui. Title Dato’ juga diragui. Walaupun diragui tapi masih ramai yang percaya. Itulah hebatnya individu ini. Jadi anda boleh jadi sehebat beliau jika menyertai.

2. Sebelum ini pernah keluarkan produk yang diragui keselamatannya dan disyaki berbahaya kepada pengguna. Walau pun begitu, produk-produk keluaran syarikat beliau tetap mendapat jualan yang tinggi malah pemiliknya jutawan. Anda berpeluang menjadi jutawan juga nampaknya.

3. Matawang kripto diragui status patuh syariah. Ia boleh membawa kepada riba dan haram. Di Malaysia, riba adalah “halal” di sisi undang-undang. Jadi anda tak perlu risau sebab tak pernah anda rakyat Malaysia masuk penjara disebabkan jenayah riba.

4. Suruhanjaya Sekuriti (SC) pun sudah berikan amaran supaya pengguna berhati-hati sebelum menyertai dan dalam proses siasatan untuk menentukan sama ada ia mematuhi atau pun tidak pematuhan undang-undang Malaysia. Hanya minta berhati-hati sahaja.

5. Bank Negara Malaysia pun sudah senaraikan ia dalam senarai syarikat-syarikat dan skim-skim di dalam pemerhatian kerana disyaki menjalankan perniagaan yang tidak mematuhi undang-undang. Hanya masuk watchlist, bukan blacklist pun.

6. Selalunya mana-mana skim atau syarikat yang disyaki melanggar undang-undang Malaysia dan scam. seperti Mecca Fund, Darul Emas Perak, Wadiah Trading, Highway Group, ARBA Kopi Pak Belalang dan sebagainya yang dimasukkan dalam senarai Suruhanjaya Sekuriti dan BNM mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun beroperasi barulah ia dimasukkan. Tapi LavidaCoin, tak sampai sebulan dah dapat amaran SC dan dimasukkan dalam senarai BNM. Nampak tak betapa hebatnya program ini? Alfafa pun tak masuk-masuk lagi sampai sekarang.

7. Ini adalah matawang kripto ciptaan orang Islam dan Melayu. Kalau bukan kita yang sontot, eh sokong, siapa lagi? Takkan pandai nak condemn bisnes orang Melayu sahaja?

Jadi, apa tunggu lagi?

Inilah dia lombong jutawan!!!! Jom terjun! Siapa lambat kena tinggal.

P/S; Ada cadangan tambahan senarai di atas? Nak buat 20, tapi 7 sebab di atas pun dah cukup kuat untuk anda sertai.

Nanti saya masukkan.

Afyan Mat Rawi, IFP
Penulis “Buku Tersontot di Pintu Shorga” – perang melawan scammer & sontot.

Update 6 Sept 2018: LavidaCoin diarahkan untuk menghentikan operasi.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
MERDEKA KEWANGAN bermaksud pendapatan pasif melebihi perbelanjaan. Juga ada mazhab…