Kenapa Ayamas tak popular macam KFC?
KENAPA AYAMAS TAK POPULAR MACAM KFC?
Ketika hangat isu boikot KFC yang memberi kesan berantai terhadap syarikat-syarikat pembekal ayam yang dimiliki oleh usahawan Muslim, tiba-tiba saya teringat jenama Kedai Ayamas.
Jenama ini dimiliki oleh Kara Holdings Sdn Bhd (Kara), salah sebuah anak syarikat Johor Corporation yang turut memiliki KFC.
Jenama ini sebenarnya sudah wujud sejak tahun 80-an lagi sebagai syarikat yang membekalkan ayam kepada KFC. Tahun 90-an mereka mula membuka outlet restoran francais menjual ayam panggang.
Berdasarkan berita tahun 2021, sudah ada 70 outlet di seluruh Malaysia dan mensasarkan 100 outlet menjelang 2023. Rujuk Harian Metro bertajuk “Kedai Ayamas buka cawangan ke-70 di Sky Awani Sentul”
Outlet Kedai Ayamas yang paling kerap saya dan keluarga kunjungi ialah menikmati hidangan ialah di Giant Batu Caves. Kedudukannya betul-betul bertentangan dengan outlet restoran Chicken Rice Shop.
Antara KFC dengan Ayamas, rasa ayam panggang Ayamas lebih sedap berbanding ayam goreng KFC. Itu ikut lidah dan citarasa saya la. Hahahah
Cuma outlet Ayamas tidak sebanyak outlet KFC. Malah jenama ini suam-suam suku sahaja berbanding “abang”nya, KFC.
Tidak pasti di mana silapnya. Walhal kalau ikut logik, Ayamas boleh gunakan resepi bisnes yang sama dengan KFC dalam pemasaran mereka.
Saya tak pasti di tempat lain, tapi outlet di Giant Batu Caves yang biasa saya pergi, sudah tidak beroperasi pada kali terakhir saya ke sana bulan lepas.
Media-media sosial berkaitan Kedai Ayamas ini sudah tidak aktif lagi sejak Disember 2023. Website meraka pun sudah tidak boleh diakses lagi.
Ketika rakyat Malaysia sedang bersemangat menyokong produk-produk tempatan lain dek kerana boikot jenama Amerika Syarikat, tiba-tiba jenama ini seolah-olah mati tanpa kubur.
Ketika jenama Marry Brown, Ramly Burger meningkat jualan mereka apabila rakyat Malaysia mencari alternatif restoran makanan segera, Kedai Ayamas boleh pula hilang begitu sahaja.
Alangkah bagusnya jika JCorp mengambil kesempatan musim boikot ini untuk fokus membangunkan kembali jenama ini.
Ia sekaligus dapat mengatasi masalah dan memberi nafas lega kepada syarikat-syarikat ayam yang selama ini bergantung kepada KFC.
Dengan pengalaman yang JCorp miliki, saya yakin mereka boleh lakukan yang lebih baik daripada sekarang dan legasi jihad ekonomi Allahyarham Tan Sri Ali Hashim boleh diteruskan tanpa bergantung kepada KFC semata.
Tak perlu rebrand KFC kerana ia mungkin akan ada implikasi undang-undang kerana ia melibatkan hak cipta. Paling tidak ubahsuai outlet KFC kepada Ayamas.
Dengan cara ini para pekerja KFC tidak perlu sampai berhenti kerja, hanya perlu tukar uniform sahaja. Dalam masa sama pembekal ayam-ayam JCorp boleh terus bekalkan kepada Ayamas.
Apa pandangan anda? Jika setuju sudikan share.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran