fbpx

Kenapa azam baru selalu ke laut?

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 228Words
  • 1100Views

Pernah terjadi tak situasi seperti di bawah?

1. Awal tahun, buat azam baru dengan penuh semangat. Siap tulis, siap tampal poster.

Contoh; azam nak kurus kan berat badan setiap kali awal tahun baru.

2. Kemudian, kita mula cara bagaimana untuk capai azam tersebut.

Contoh; Berdasarkan azam tadi, kita pun mula bersenam dan jaga makan.

3. Kemudian kita pun membuat pemantauan dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan tapi nampaknya jauh untuk mencapai target utama kita tadi.

Contoh, Azam untuk turunkan berat badan, tapi setiap kali buat timbangan nampaknya tak turun sangat walaupun kita dah berusaha untuk bersenam dan jaga makan.

4. Akhir sekali kita pun kecewa dengan perkembangan tersebut, dan kemudian mengulangi langkah pertama pada tahun berikutnya.

Contoh, Selepas beberapa bulan azam nak kurus tadi mulai kendur dan lama-kelamaan ia semakin ke Laut China Selatan.

Haaaaaaa…. Pernah tak terjadi perkara-perkara di atas?

Sebenarnya kita terperangkap dalam “outcome base habit” iaitu tabiat berdasarkan hasil yang ingin dicapai.

Kita terlalu fokus kepada target dan apabila tidak tercapai target utama, kira jadi kecewa.

Lepas itu, kita ulang balik perkara sama dan ia berulang, berulang, berulang, berulang…

Perkara ini dikupas panjang dalam buku Atomic Habit, dan memberi solusi idea “identity base habit”.

Saya mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk memahami dan mempraktiskan sebelum kongsikan perkara ini.

Kalau ramai yang nak tahu, saya akan sambung topik ini tahun hadapan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pelanggan berhak mendapat RM300 Hospital Income Plan adalah plan takaful…