fbpx

Kenapa bayaran sumbangan takaful medical card meningkat?

  • 4 days ago
  • 2Minutes
  • 283Words
  • 12Views

Kenapa bayaran sumbangan takaful medical card meningkat?

Tahukah anda, apabila jumlah tuntutan (claim) meningkat oleh para pelanggan yang menggunakan medical card, ia menyebabkan bayaran sumbangan bulanan medical card tersebut akan meningkat?

Peningkatan itu akan memberi kesan terhadap keseluruhan pelanggan yang melanggan plan yang sama, termasuk yang tidak pernah claim.

Itu antara sebab kenapa bayaran sumbangan medical card semakin meningkat.

Ia bertambah lagi, apabila peserta yang sudah melanggan lama batalkan polisi disebabkan tak pernah claim. Kata mereka “rugi je langgan medical card / takaful tapi tak claim”.

Walhal itulah konsep takaful iaitu tabungan untuk para peserta saling bantu-membantu. Apabila semakin ramai peserta, semakin tinggi jumlah sumbangan yang dikumpul.

Barang diingat, kompeni takaful ialah institusi perniagaan yang berorientasikan keuntungan. Ada kos dan risiko yang mereka tanggung dalam menyediakan perkhidmatan takaful kepada pelanggan.

Pelanggan yang pernah membuat claim akan merasakan betapa bertuahnya mereka melanggan polisi takaful. Bagi yang tak pernah claim, akan timbul perasaan “rugi” sebab tak pernah claim.

Hanya mereka yang pernah ada pengalaman claim takaful medical card, akan rasa bahawa bayaran sumbangan yang dibuat adalah sebenarnya “murah”.

Kesimpulannya, apabila 2 situasi berikut berlaku:

1. Ramai pelanggan yang tak pernah claim berasa rugi, jadi mereka tak teruskan bayaran dan batalkan polisi,

2. Pelanggan yang pernah claim, teruskan bayaran macam biasa supaya dapat claim pada masa akan datang.

Apabila berlaku 2 situasi di atas, maka tabungan tabarruk portfolio takaful berkenaan semakin mengecil.

Tidak masuk lagi dengan inflasi perubatan yang menyebabkan kos perubatan naik setiap tahun.

Maka beralakulah repricing dan kenaikan harga untuk pembayaran pembaharuan polisi takaful medical card untuk memastikan tabungan tabarruk tersebut terus mapan dan bertahan lama.

Selaku pengguna medical card, adakah anda tahu atau diberitahu tentang perkara-perkara di atas?

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dulu-dulu tahun 2009 masa medical card mula-mula muncul, rider elaun…