fbpx

Kesan mempromosi hibah takaful yang memperlekehkan faraid

  • 11 months ago
  • 3Minutes
  • 417Words
  • 413Views

Antara kesan apabila mempromosi hibah kononnya lebih baik daripada faraid.

Komen ini datang daripada posting saya sebelum ini, tidak pasti sama ada dia ni ejen takaful atau bukan.

hibah takaful vs faraid

“Tujuan utama orang agama mencipta sistem hibah adalah untuk mengatasi ketidak adilan faraid. Ironinya kalau ditanya moslem, apakah faraid adil ? semua akan jawap faraid adil. Inilah sindrom penafian yang dialami oleh moslem. Mereka sedar faraid tidak adil tetapi sama sekali takkan mengakui kerana tak mahu menunjuk perundangan islam itu bermasalah. Mereka cipta sistem baru hibah guna istilah arab kononnya ia juga sistem islam.

Selain permasalahan ketidak adilan pembahagian tidak sama antara anak lelaki dan anak perempuan, faraid adalah mimpi ngeri kepada pasangan yang hanya ada anak perempuan atau tiada anak kerana hartanya akan diperoleh oleh adik beradiknya😓

Inilah sebab saya seru kepada rakan-rakan ejen takaful, elakkan sebarang promosi yang memberi persepsi negatif terhadap faraid.

Memang la dalam promosi tidak ada ayat yang memburukkan faraid secara direct sebagaimana komen ini.

Hibah takaful vs faraid

Tapi banyak contoh marketing yang downgrade faraid apabila membuat perbandingan dan hanya menunjukkan hibah atau hibah takaful lebih baik daripada faraid.

Kononnya jika menggunakan instrumen hibah, harta tidak perlu melalui proses faraid maka ia lebih bagus berbanding faraid.

Kononnya, jika faraid isteri hanya dapat 1/8 berbanding hibah isteri dapat 100%

Perbandingan tidak adil ini untuk menunjukkan hibah adalah “pemenang” berbanding faraid dan wasiat.

Kesannya, akan timbul persepsi negatif dalam masyarakat terhadap instrumen faraid.

Tidak dapat dinafikan, ada beberapa kes faraid yang menimbulkan perbalahan dan ketidakadilan apabila penerima faraid tidak menunaikan hak.

Tapi ia adalah berpunca daripada sikap dan kelemahan manusia dan undang-undang yang ada, bukannya berpunca daripada kelemahan hukum faraid.

Istilah hibah dan hibah takaful mula popular sejak Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) digezetkan.

Sebelum itu ia cuma dipopularkan oleh ejen-ejen syarikat amanah dan wasiat, tapi sejak wujudnya IFSA ia mula dipopularkan oleh ejen-ejen takaful.

Sejak itu, istilah “hibah takaful” mula popular dan seolah-olah ia adalah produk, walhal tidak wujud pun produk hibah takaful.

Hibah dalam takaful adalah salah satu instrumen pengagihan harta pampasan akibat kematian. Tanpa hibah dalam takaful, produk yang sama masih boleh wujud.

Satu sudut, ia bagus untuk kesedaran tentang peri pentingnya perancangan pusaka bagi seseorang Muslim.

Namun pada masa sama, kita tidak mahu umat Islam memandang faraid sebagai tidak adil dan lemah berbanding hibah. Kita tidak mahu misleading sebegini rupa terus-menerus dibiarkan berleluasa dalam masyarakat.

Justeru, adalah tidak wajar untuk merendah-rendahkan faraid demi untuk mempromosi hibah dan hibah takaful.

Bayangkan sekiranya perkara ini tidak dibendung daripada awal?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya ada update status di FB yang berbunyi, "Saya cadang…