Kenapa ejen takaful suka promote takaful sebagai produk pelaburan dan simpanan?
Kenapa ramai ejen takaful suka promote takaful sebagai produk pelaburan dan simpanan?
Jawapan: Sebab mudah nak close deal. Pelanggan akan mudah tertarik apabila bayaran takaful tidak burn. Bayaran takaful Boleh dapat balik apabila tak ada claim. Ejen akan buat comparison takaful dengan Tabung Haji, ASB, simpanan bank.
Jika ada yang tak faham kenapa saya ajukan soalan ini pagi ni, rujuk posting saya malam tadi. Baca di sini. Keluhan dan penyesalan seorang pelanggan yang mencarum takaful sejak 2019, sebulan RM1,200 dan total bayaran hampir cecah RM40,000 – apabila disemak tahun ini, “simpanan” yang diharapkan hanyalah berjumlah RM7,000 sahaja.
Benarkah takaful sesuai untuk pelaburan dan simpanan? Ya, takaful sesuai sangat untuk dijadikan simpanan dan pelaburan untuk ejen. Komisen boleh cecah sehingga 40% pada tahun pertama. Komisen pula dibayar sehingga 72 kali iaitu selama 6 tahun.
Jadi, ia adalah bagus untuk simpanan ejen. Berminat jadi ejen takaful? Klik di sini
Dalam kewangan dan pelaburan, ada satu mantra:
“Buy term, invest the difference”.
Maksudnya, kita langgan polisi “term” yang harganya “murah”. Jadi kita akan ada lebihan duit untuk dilaburkan.
Berbanding kita langgan polisi yang lebih “mahal” harganya menyebabkan peruntukan kita untuk melabur, berkurangan atau tidak ada langsung.
Inilah cara bagaimana jutawan dan orang kaya, semakin kaya.
Takaful dan insurans, fokus kepada protection.
Semua produk takaful ada kelebihan masing-masing. Tidak kira yang ada cash value atau pun tidak.
Contohnya, jika polisi tanpa cash value dengan coverage sebanyak RM300,000 utk kematian / hibah dan lumpuh, caruman ya hanyalah RM60+++ jika berusia 30 tahun.
Manfaat sama dengan tambahan penyakit kritikal RM300,000 pula, hanyalah RM100 bagi umur yang sama.
Berminat? Klik di sini
Caruman hanya RM60+++ utk manfaat kematian dan lumpuh.
Caruman hanya RM100++ utk manfaat kematian, lumpuh dan sakit kritikal.
Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran