Kenapa Forex Trader Tegar Sukar Tinggalkan Forex?
Pengalaman saya meninggalkan bisnes yang syubhah dengan komisen puluhan ribu, bukan sesuatu yang mudah.
Istikharah demi istikharah dilakukan, dan Allah tunjukkan beberapa insiden menyebabkan saya tak tenang hati dan akhir sekali nekad meninggalkan pendapatan setinggi itu. Buka mudah nak tinggalkan pendapatan puluhan ribu sebegitu.
Selepas tinggalkan, saya benar-benar lapang dan langsung tidak rasa menyesal.
Justeru saya dapat fahami mengapa rata-rata penggiat forex trading sukar untuk meninggalkan perkara yang sudah jelas difatwakan sebagai haram.
Apabila ia sudah menjadi periuk nasi untuk memberi makan anak isteri dan keluarga, mereka berasakan sumber rezeki mereka terjejas apabila ada yang mempertikaikan forex trading.
Lebih dahsyat lagi, mereka akan mencari dalil habis-habisan untuk mempertahan hujah mereka. Kemudian mereka akan ajak geng untuk serang sesiapa sahaja yang dianggap mengganggu periuk nasi mereka.
Tidak cukup itu, apabila kehabisan hujah mereka akan mula serang peribadi. Mereka mula tuduh orang lain dengki. Mengejek-ejek pekerjaan dan bisnes orang lain yang mereka akan kata sama sahaja macam forex. Kemudian, akan mengejak nama orang dan ayah orang lain. Sebiji macam budak-budak punya perangai.
Sasaran tulisan-tulisan saya bukan ditujukan mereka. Sasaran tulisan saya adalah kepada mereka yang masih belum terlibat dengan forex atau yang baru terlibat dengan forex.
Sama seperti apabila saya berkongsi tentang kebobrokan yang berlaku ke atas syarikat yang pernah saya tinggalkan dengan komisen 5 angka suatu ketika dahulu.
Apabila saya mendedahkan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh leader-leader mereka, bukan matlamat utama saya supaya mereka di atas yang makan banyak komisen utk tinggalkan bisnes tersebut. Saya sudah masak dengan cara dan hujah mereka kerana saya pernah bersama mereka.
Tapi sasaran saya ialah orang-orang bawahan yang masih baru terlibat dan orang yang masih belum terlibat. Kumpulan ini lebih ramai.
Sebab itu juga saya biarkan sahaja geng-geng forex trader tegar datang bertandang di FB saya memberi komen-komen maki hamun tanpa perlu saya blok dan ban mereka, selagi menggunakan FB original.
Biar publik menilai. Sedangkan fatwa dan alim ulama pun mereka sanggup lawan dan caci maki. Sedangkan riba dosa yang lebih besar dari dosa membunuh, merompak, berzina, merogol, mencuri, – pun sanggup mereka lakukan.
Apatah lagi sekadar menghina dan mengejek-ejek saya. Langsung tak berkudis. Allah takdirkan saya pernah berhadapan dengan geng-geng scammer, geng-geng skim cepat kaya, geng-geng insurans konvensional, geng-geng ejen misleading, geng-geng leader MLM penipu, sebelum berhadapan dengan geng-geng forex.
Hujah lawan hujah. Apabila mereka sudah tidak mampu berikan hujah dan mula membuat serangan peribadi, itu menunjukkan mereka berada di ambang kekalahan.
Sama sahaja cara mereka dengan geng-geng forex trading ini. Menegakkan benang yang basah. Tidak ada hujah, mula serang peribadi.
Jika mereka sangka dengan cara itu mereka akan menyebabkan saya berhenti menulis tentang forex trading haram, ternyata mereka silap..
Kepada rakan-rakan yang masih menjalankan forex trading, saya doakan kalian agar menjauhi bisnes yang difatwakan haram oleh SEMUA fatwa seluruh dunia Islam. Jauhilah riba dan pilihlah sumber rezeki yang halal. Saya doakan kalian. Amiiiin.
Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!
Saksikan penerangan secara live “Kenapa forex trading haram bolehkah ia jadi patuh syariah?”, oleh Dr Hj Razli Ramli (penasihat syariah dan bisnes kewangan Islam)
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi,IFP
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran