fbpx

Pelaburan dan Riba

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 389Words
  • 431Views

Tempoh hari saya perasan ada seorang membuka akaun unit trust melalui link saya dan memilih satu dana yang tak pernah saya rekomen.

Nama dana itu ialah RHB Gold and General. Pertama kali saya dengar nama dana ini.

Untuk makluman, di Malaysia ada ratusan dana unit amanah dari puluhan syarikat pelaburan yang sah. Yang ramai mungkin kenal dan tahu hanyalah beberapa syarikat sahaja.

Lalu saya pun buat sedikit carian. Bukan susah pun, hanya Google dan cari review di beberapa laman web berkaitan.

Selepas itu barulah saya tahu ia adalah dana tidak patuh syariah dan saya terkejut besar!

Saya perlu elakkan perkara ini terjadi kerana dia menjadi pelanggan saya dan saya akan beroleh komisen melalui setiap pelaburan yang dilakukan. Jika pelanggan melabur pada dana tak patuh syariah, maka saya selaku ejen akan turut mendapat tempiasnya.

Dosa riba bukan dosa main-main. Dosa paling besar dalam Quran dan berperang dengan Allah.

Lalu saya terus meminta staf saya hubungi pelanggan terbabit untuk buat switching ke dana lain yang patuh syariah.

Alhamdulillah, dia akur.

Selepas diselidik, rupa-rupanya beliau telah membuat carian Google dengan kata kunci “best Islamic unit trust fund” dan dana ini adalah salah satu daripada Top 3 dana keluar di Google dari sebuah website.

Apabila saya klik website itu, ia bukan merujuk kepada dana patuh syariah semata.

Pengajaran penting, Google tak selalunya benar. Kebetulan semalam ada seorang follower komen di FB saya lebih kurang bermaksud “membazir beli ebook, benda boleh Google”.

Pengajaran lain, berhati-hati dalam setiap urusan wang kita, jangan sampai jatuh ke lembah riba.

Pengajaran lain lagi, kalau nak invest unit trust pastikan invest ke dana patuh syariah. Itu sebab kadang kala kita perlukan juga ejen yang jujur (dan kacak) untuk guide.

Tak hensem tak apa, janji kaya dengan cara patuh syariah. Eh? Apa kaitan? Hahah…

Nak invest unit trust secara online? Saya boleh kongsikan caranya.

Boleh klik link di sini.

Kalau tak dpt klik, copy link dan paste dlm browser.

Investment ini melalui platform FAME yg dibangunkan oleh Phillip Capital.

Utk buka akaun RM1 sahaja. Pastikan pilih dana patuh syariah Phillip Islamic.

Selepas buka akaun, kami akan berikan instruction utk invest ke PHEIM Dana Makmur, RM100 bulanan.

Dana ini antara dana terbaik.

Kalau nak invest dana lain pun boleh.

Kalau nak invest lebih RM100 pun boleh.

Kalau nak tambah amaun investment,
boleh hubungi nombor Admin 0192667025

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
UPDATED : 14 Ogos 2022, FB Page Afyan Mat Rawi…