Kenapa GL medical card ditolak?
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/3eecc9b4-f6cf-48cb-bbba-b9e543c547c5-edited.jpg?resize=678%2C381&ssl=1)
KENAPA GL MEDICAL CARD DITOLAK?
Kad perubatan atau medical card ni memang penting untuk kita dapat rawatan di hospital tanpa perlu risau pasal kos, terutama hospital swasta
Tapi, kadang-kadang permohonan jaminan kemasukan hospital atau Guarantee Letter (GL) boleh kena tolak.
Memang stress! Klien stress, ejen pun stress tau!
Jom kita tengok kenapa benda ni boleh jadi.
1. Maklumat tak lengkah atau salah.
Salah satu sebab utama GL kena tolak ialah apabila maklumat yang kita bagi tak lengkap atau salah. Contohnya, nombor kad pengenalan, nombor polisi, atau butiran perubatan yang tak betul. Jadi, pastikan semua maklumat kita betul dan lengkap supaya tak kena tolak.
Tapi selalunya jika disebabkan perkara inj, mudah untuk perbaiki dan dapatkan balik yang baru.
2. Polisi tak aktif atau masih dalam tempoh menunggu
Sebelum kita mohon GL, kita kena pastikan polisi takaful kita sudah melebihi tempoh menunggu dan masih aktif.
Kalau polisi masih dalam tempoh menungu, dah luput (lapse) atau kita tak bayar sumbangam, GL memang confirm kena tolak. Jadi, selalu check status polisi takaful kita dan pastikan ia aktif.
Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri, seorang pesakit marah-marah di kaunter sebab katanya setiap bulan bayar kepada ejen dan mungkin ejen tak bayar kepada syarikat.
Kejadian tu tahun 2009, sekarang mungkin dah tak ada sangat kes klien bayar caruman kepada ejen.
Community ini sangat PRIVASI. Ahli lain tak nampak nombor telefon ahli lain. TAMAT IKLAN
3. Rawatan tak termasuk dalam polisi
Setiap polisi takaful ada coverage yang berbeza. Ada rawatan yang mungkin tak termasuk dalam polisi kita, macam rawatan kosmetik atau penyakit tertentu. Sebelum mohon GL, pastikan rawatan yang kita perlukan tu dilindungi oleh polisi takaful kita.
Semak bahagian klausa pengecualian sijil polisi takaful anda.
4. Penyakit sedia ada tak diisytihar
Ini kes yang paaaaaaaaaaaaaaaaling banyak saya jumpa.
Kalau kita ada penyakit sedia ada (pre-existing conditions) yang kita tak declare masa mohon takaful, syarikat takaful boleh tolak GL kita.
Jadi, kena jujur pasal keadaan kesihatan kita masa mohon takaful supaya semua rawatan yang kita perlu tu dilindungi.
Lebih teruk, polisi akan dibatalkan dengan “void ab initio” disebabkan perkara ini.
5. Hospital bukan / tidak lagi panel
Syarikat takaful biasanya ada senarai hospital panel yang mereka bekerjasama. Kalau kita pergi hospital yang bukan panel, GL kita mungkin kena tolak. Jadi, sebelum pergi hospital, semak senarai hospital panel syarikat takaful kita.
Kadang juga berlaku, hospital yang asalnya panel tapi kemudiannya tidak lagi.
6. Dokumen sokongan tidak lengkap
Permohonan GL perlukan dokumen sokongan macam laporan perubatan dan surat rujukan dari doktor.
Kalau dokumen-dokumen ni tak lengkap, permohonan GL kita mungkin kena tolak. Jadi, pastikan kita sediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum hantar permohonan.
Dalam bab ini, kerjasama doktor dan hospital sangat memainkan peranan. Banyak kali berlaku asalnya GL ditolak, tapi selepas doktor buat sedikit pembetulan pada rekod rawatan dan pemeriksaan, tuntutan diluluskan.
BONUS: GL awal (initial GL) lulus tapi GL akhir (final GL) ditolak apabila discaj.
Ini paling sadis dan mengerikan. Bayangkan, elok-elok GL dah keluar tiba-tiba masa discaj dimaklumkan GL ditolak.
Matilanak! Wad dah masuk, rawatan dah jalan, tup-tup GL decline? Tak ke haru?
Kalau intial GL decline, masih ada pilihan ke hospital kerajaan.
Jika initial GL pun orang boleh mengamuk, apatah lagi final GL decline! Boleh jadi Wolverine!!!!
Kenapa boleh berlaku final GL ditolak?
7. Rawatan tidak sama dengan intial GL
Selalunya final GL ditolak disebabkan rawatan yang diberikan tidak sama dengan initial GL yang dikeluarkan awal.
Contohnya, pelanggan demam panas beberapa hari kemudian perlu dimasukkan ke wad dan GL lulus sebelum diwadkan.
Tapi sepanjang rawatan, doktor kesan penyakit lain seperti jantung, buah pinggang atau kencing manis.
Jadi, sekiranya berlaku situasi seumpama ini, maka akan GL bermasalah ketika discaj.
Jika laporan awal dihantar dan clear, GL baru boleh dikeluarkan sebelum discaj. Tapi jika tidak, worst case scenario ialah final GL decline.
8. Laporan doktor / hospital tidak memuaskan.
Ini mirip nombor 6, tapi terjadi ketika discaj.
Kadang berlaku, doktor tidak memberi laporan yang sewajarnya mengapa sesuatu prosedur rawatan itu dijalankan atau tidak menyatakan secara spesifik penyakit yang dialami pelanggan.
PERINGATAN PENTING
– GL decline tidak bermaksud tuntutan ditolak.
– Jika GL ditolak, pelanggan masih boleh membuat tuntutan.
– Sekiranya semua syarat dipenuhi dan menepati kandungan polisi, bayaran balik atau reimbursement akan diluluskan.
– Medical card dan GL adalah fasiliti, bukan kandungan kontrak. Dalam polisi selalunya akan ada tertulis “bayaran balik” atau “reimbursement”, berbanding “guarantee letter “.
KESIMPULANNYA
Penolakan GL medical card ni memang boleh buat kita kecewa, tapi banyak kes boleh dielak dengan persediaan pre-mindeset yang betul.
Pastikan maklumat yang kita bagi betul, polisi takaful aktif, dan rawatan yang kita perlukan dilindungi.
Selain tu, semak senarai hospital panel dan sediakan semua dokumen sokongan yang diperlukan.
Dengan langkah-langkah ni, kita boleh tingkatkan peluang untuk dapat kelulusan GL dan pastikan kita dapat rawatan tanpa gangguan.
Dengan faham kenapa GL medical card boleh kena tolak, kita boleh ambil langkah-langkah untuk elak dari kena tolak dan pastikan proses rawatan kita berjalan lancar.
INGAT: MEDICAL CARD BUKAN MAGICAL CARD
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/kad-medical-card.jpg?resize=678%2C678&ssl=1)
Gambar hiasan: Antara medical card yang pernah saya langgan
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran