Kenapa pentingnya takaful dengan manfaat penyakit kritikal, di samping hibah takaful dan medical card?
Dalam sesi coaching ejen baru malam tadi, timbul persoalan tentang penyakit kritikal.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/kelas-ejen-takaful.jpg?resize=678%2C324&ssl=1)
Dan berkebetulan, salah seorang ejen baru kami adalah seorang bekas pesakit kanser atau “cancer survivor”.
Berdasarkan pengalaman, majoriti pelanggan takaful hanya fokus kepada manfaat medical card dan manfaat kematian atau lebih dikenali sebagai hibah takaful.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/poster-medical-card-vs-penyakit-kritikal.jpg?resize=678%2C748&ssl=1)
Namun, tidak ramai pelanggan yang diberi kesedaran tentang manfaat takaful penyakit kritikal.
Sedangkan, berdasarkan statistik daripada WHO dan juga daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, majoriti kematian adalah berpunca daripada penyakit.
Hanya minoriti sahaja kes kematian tidak berpunca daripada penyakit.
Jadi apa implikasi kepada pelanggan yang mempunyai manfaat takaful tapi tidak mempunyai atau kurang manfaat penyakit kritikal?
Apabila seseorang ditimpa penyakit kritikal, contohnya kanser, stroke, serangan jantung, kebarangkalian besar sudah tidak mampu lagi untuk bekerja.
Apabila sudah tidak mampu lagi bekerja, pendapatan juga terhenti.
Justeru, di sinilah pentingnya manfaat penyakit kritkal yang sama penting dengan medical card dan manfaat kematian (yang biasa dipanggil hibah takaful).
Di samping itu ia juga adalah pelengkap kepada medical card.
Medical card menyediakan manfaat untuk membayar segala bil hospital ketika sakit kritikal, manakala manfaat penyakit kritikal pula memberi manfaat untuk menggantikan pendapatan yang yang hilang sekiranya ditimpa musibah penyakit kritkal.
Selalunya saya akan cadangkan manfaat penyakit kritikal bersamaan dengan 3 ke 5 tahun pendapatan.
Contohnya jika pelanggan mempunyai pendapatan 5K sebulan, memerlukan manfaat penyakit kritikal sekitar 180k hingga 300k.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/surat-tuntutan.jpg?resize=678%2C903&ssl=1)
Kenapa? Berdasarkan statistik juga, penyakit kritikal memerlukan tempoh penyembuhan purata selama 3.5 tahun.
Satu lagi info yang penting ialah, majoriti polisi takaful dan medical card, tidak menyediakan perlindungan untuk peringkat awal penyakit kritikal.
Pernah ada kes, seorang wanita yang menghidap kanser stage awal yang mempunyai 3 polisi tapi tidak ada satu pun yang boleh membantu apabila disahkan kanser pada peringkat karsinoma in-situ.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/polisi-yang-tak-cover.jpg?resize=675%2C623&ssl=1)
Perkara disahkan juga oleh salah seorang ejen baru bekas penghidap kanser tadi. Beliau mempunyai pengalaman menanggung sendiri kos rawatan kanser peringkat awal walaupun mempunyai polisi medical card.
Medical card beliau hanya cover selepas kanser beliau merebak ke stage kritikal.
Beliau juga menceritakan pengalaman, ketika awal ditimpa penyakit, syarikat masih lagi boleh berikan cuti tapi apabila sudah kerap sangat cuti beliau terpaksa berhenti kerana.
Pesananan beliau “Betapa kita sayangkan syarikat namun kita hanya diperlukan ketika kita mampu bekerja sahaja”.
Jom jadi konsultan, klik https://afyan.com/kerjaya-perunding-kewangan/
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran