fbpx

Testimonial eSeminarBMW

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 617Words
  • 375Views

Testimonial daripada seorang follower saya.

Beliau seorang doktor perubatan dan silent reader di FB. Follow saya selepas hampir tersontot dengan Tok Belagak dan Kazanah Bangsa ketika musim scam emas 5, 6 tahun lepas.

Ya, beliau follow saya 5, 6 tahun lepas sebekum #eSeminarBMW dikeluarkan hari ini dan follow bab beli beli kereta. Baru hari ini saya perasan selepas beliau tag dan bertegur di ruang komen.

Tip itu bukan tip rahsia sangat pun iaitu beli kereta dengan harga setahun gaji. Dalam video #eSeminarBM ada topik khas perkara itu.

Hasilnya, dengan hanya ikut panduan itu beliau berjaya beli kereta dan 2 buah rumah berbanding kawan-kawan doktornya yang hanya mampu beli kereta sahaja!

Dapatkan di www.SeminarBMW.com sebelum harga naik.

 

BELI 1 KERETA DAPAT 3 BIJI RUMAH

Awas pos separa panjang.

Ada orang tanya saya soalan ni dulu. “kenapa doktor pakai kereta macam ni?” Saya bukan penggemar kereta. Minat saya pada motor 2 roda.

Saya beli kereta first lepas kerja lebih kurang 3 tahun setengah. Itu pun sebab terpaksa beli, nak bawak anak ke rumah pengasuh. Isteri pulak kerja tempat lain, perjalanan tu tak sama, waktu kerja kami pun lain-lain.

Saya survey lama, fikir kereta apa nak beli. Tempat kerja dalam 1-2km je dari rumah. Rumah pengasuh pun dekat. Wife pulak dah pakai kereta kontot. Takkan saya pun nak pakai kereta kontot. Orang kata, “alah, ko keje doktor, angkut civic laa..”

Fuhhh.. mencabar poket beb. Kelayakan memang ada. Nafsu pun ada. Tinggal nak pegi booking aje. Tapi wife macam reluctant masa tu untuk saya beli kereta mahal, kereta besar-besar.(Syukurrrrr)

Nak jadi cerita saya terbaca satu artikel pasal tips beli kereta. Ditulis oleh Tuan Afyan. Katanya beli kereta agak-agak setahun gaji kita je.

Contoh gaji RM5000, x 12 = RM60,000 (nilai kereta yang layak beli)

“Peh..RM60k aje ke aku layak?? Kereta apa je aku boleh beli dengan RM60k??”

Tersentap. Macam tak percaya pulak. Betul ke formula Tuan Afyan cakap ni. Ape kelas pakai kereta RM60k.. Jatuh imej..

Saya duk menung gambar kereta idaman dekat handphone. Berhari-hari hidup dalam denial.. Lepas tu saya tergerak hati nak explore lagi. Saya mula buat research, mula baca-baca artikel-artikel berkaitan.

Alhamdulillah, saya dikurniakan hidayah. Lepas tengok video-video, baca buku, artikel dan sebagainya, lalu saya pun decide nak beli kereta yang menepati formula yang diberikan, iaitu nilai kereta = setahun gaji.

Boom, dapat lah saga sebijik. Sebab bernafsu dengan Proton Saga je masa tu. Excited nak mampus masa masuk dalam kereta saga ni. Kereta first la katakan.

Menyesal tak? sumpah tak nyesal. Ni antara big decision yang paling baik pernah saya buat. (setelah berderet-deret wrong desicion).

Apa advantage saya beli saga? tatkala orang lain enjoy ride kereta masing-masing, saya enjoy beli 3 bijik rumah. 3 bijik tau! Betul ni. Satu saya buat homestay The Yeop Ipoh, satu buat sewa, satu lagi sedang menanti kunci.

Semuanya bermula dengan satu formula beli kereta yang saya baca. Jadi korang pun yang mana dah terlajak tu, masih belum terlambat. Sempat bertaubat lagi.

Korang baca ebook karya Tuan Afyan ni. Confirm tak menyesal. Dia share jugak 17 video perancangan kewangan, daripada perancangan peribadi, sampai perancangan korang dah mati nanti macam mana.

Harga RM50 je bang. Tapi berbaloi ke beli? Ya sangat berbaloi. Saya dah ada 3 rumah. I am the living proof. Cukuplah untuk diwariskan untuk 2 orang anak saya.

beli sekarang dekat link ni. Tekan sekarang. Jangan kedekut.

eSeminarBMW
eSeminarBMW
eSeminarBMW

So sekarang saya hanya tinggal hutang rumah, dengan personal loan. Hutang kereta? Dah habis bayar dah bro. Terhabis awal pulak. Cukup setahun, saya dah buat full settlement.

Ah sudah macam mana boleh habis awal gilo bayar ni? haa nanti saya cerita lagi. korang baca dulu ebook Tuan Afyan tu. Tengok video-video dia. Baru tau arti penyesalan. Haha

#stayathome #SeminarBMW #eSeminarBMW #nerakawang

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apa jadi kepada lelaki ini selepas membeli kereta Proton Perdana?…