fbpx

Kenapa perbankan Islam pun kenakan penalti lewat bayar? Itu riba!

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 288Words
  • 753Views

Ramai orang duk komplen terutama bangsa anti bank Islam yang mengatakan bahawa perbankan Islam pun amalkan riba sebab kenakan denda penalti apabila pelanggan membayar ansuran lewat.

Penalti atau caj pembayaran lewat yang dikenakan untuk tujuan semata-mata untuk memperoleh keuntungan dan melibatkan proses gandaan (compounding) adalah tergolong dalam kategori riba yang diharamkan dan tidak boleh diambil atau digunakan sebagai pendapatan.

Namun, penalti caj pembayaran lewat atau ta’widh yang dikenakan oleh perbankan Islam tidak diambil sebagai manfaat bank.

Oleh itu, ia dibenarkan mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh penasihat syariah Bank Negara Malaysia.

Ia adalah berdasarkan hadith ini:

“Bagi orang yang berkemampuan dan melewatkan hutang adalah zalim, halal ke atas mereka hukuman”

(Hadith riwayat Abu Daud)

Jadi, dalam konteks perbankan Islam, hukuman yang dikenakan sudah termaktub di dalam kontrak dan ia tidak boleh diambil oleh bank sebagai manfaat.

Ia hanya boleh digunakan untuk menampung kos operasi akibat kelewatan yang berlaku seperti kos SMS, panggilan telefon, gaji telefonis dan seumpamanya.

Bank hanya boleh kenakan maksima 1% sahaja dan jika ada lebih, bank wajib untuk salurkan kepada badan kebajikan.

Langkah yang diambil oleh institusi kewangan Islam untuk mengenakan caj ganti rugi adalah bertujuan untuk menghalang kemudaratan besar yang mungkin timbul dan pada masa yang sama, untuk mendisiplinkan penerima bayaran agar membuat pembayaran pada masa yang telah dijanjikan.

Situasinya berbeza dengan penalti pembayaran lewat yang dikenakan untuk tujuan semata-mata memperoleh keuntungan dan melibatkan proses gandaan (compounding).

Contoh yang berlaku dalam sistem konvensional, jumlah penalti akan ditambahkan kepada jumlah pinjaman asal.

Seterusnya, peratusan penalti akan dihitung berdasarkan jumlah pinjaman asal yang telah ditambahkan dengan penalti sebelumnya.

Ini adalah tindakan yang tidak adil dan menekan.

Oleh itu, jenis caj pembayaran lewat ini termasuk dalam kategori riba yang dilarang.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya tertarik kisah daripada penulis buku Ustazah Basikal ini. Saya…