fbpx

Kronologi kontroversi PPIM dan Fadzil Hashim: Perbahasan perbankan Islam riba, haram, dan tidak patuh syariah

  • 12 months ago
  • 2Minutes
  • 279Words
  • 365Views

Kalau ada yang baru follow isu saya dengan PPIM dan Sdra Fadzil Hashim, ini kronologinya.

Ia bermula dengan saru video oleh PPIM yang viral hujung Ramadan lepas yang mengatakan 40 tahun rakyat Malaysia tertipu dengan perbankan Islam. Ramai yang tag saya di Tiktok.

Selepas itu saya jawab secara bertulis. Masa tu PPIM tak ada respon lagi. Boleh rujuk posting bertarikh 17 April. Rujuk di sini

3 Mei lepas saya buat satu video dengan content yang sama dan dimasukkan ke Tiktok dan medsos video lain. Ia bertajuk “Menjawab Tuduhan PPIM”, boleh tonton di sini (FB) atau di bawah di bawah

Daripada video inilah Sdra Fadzil yg respon mewakili PPIM, “Menjawab Tuduhan Afyan Mat Rawi”

Lalu saya respon di video seterusnya “Menjawab Video Respon PPIM: Menjawab Tuduhan Afyan Mat Rawi”

Rupa-rupanya dia buat 2 video dan saya jawab lagi: 3 Soalan untuk Coach Fadzil

Daripada situ ramai yang mencadangkan untuk diadakan sesi diskusi, dan saya dengan senang hati menerimanya. Saya usulkan topik bertajuk PERBANKAN ISLAM RIBA, HARAM DAN TIDAK PATUH SYARIAH.

Sebenarnya sudah lama saya mencadangkan topik ini tapi tak sesiapa pun yang menyahut termasuk beberapa nama lain yang selalunya lantang dalam isu ini seperti Muhammad Ezral dan Ezzul Haris. Tapi setakat ini tiada sambutan. Malah ada yang terus blok saya.

Saya sudah personal message kpd Sdra Fadzi memandangkan ada pihak yang sudi jadi penganjur dan sediakan tempat.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended