fbpx

Kenapa perbankan Islam pun naik apabila OPR naik?

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 455Words
  • 1253Views
kenaikan opr

Saya terima soalan berkaitan OPR:

“Tuan jadi dalam kontrak pembiyaan islamik keuntungan bank pun boleh berubah-ubah ya? Bukankah dalam konsep jual-beli harga barang perlu ditetapkan sebelum transaksi berlaku?”

Al-Jawab:

Bagi hutang dengan perbankan Islam, kadar naik turun OPR tidak menjejaskan jumlah bayaran balik hutang bank sebagaimana yang termaktub di dalam kontrak. Yang berbeza hanyalah jumlah bayaran ansuran bulanan ataupun tempoh ansuran.

Adapun total hutang, ia akan ada kadar siling. Islam mewajibkan setiap jual beli mesti jelas berapa harga jualan.

Tapi bagi perbankan konvensional, tidak ada dalam kontrak jumlah bayaran balik hutang. Tidak ada harga jualan dalam perbankan konvensional.

Ia 100% bergantung kpd naik turun OPR dan BR. Semaklah dalam kontrak hutang bank konvensional, takkan ada jumlah bayaran balik hutang sebagaimana dalam perbankan Islam.

Itulah yang menyebabkan perbankan konvensional itu adalah haram dan tidak patuh syariah.

Akad bank konvensional mempunyai masalah dari sudut muamalat apabila wujud elemen gharar atau ketidaktentuan, bersama riba.

Untuk makluman, dalam sejarah, kadar faedah bank-bank di Malaysia pernah naik sehingga melebihi 10%!!! Ia berlaku ketika krisis ekonomi pada tahun 1995 hingga 1998.

Maksudnya begini; bayaran hutang yang termaktub dalam kontrak perbankan Islam tak berubah. Ia ditulis secara jelas dan bayaran balik takkan lebih jumlah yang ditulis.

Berbanding bank konvensional, hanya nyatakan kadar sahaja tanpa jumlah bayaran balik hutang. Berapa jumlah bayaran balik? Tidak dinyatakan dalam kontrak dan ia 100% bergantung kepada naik turun OPR.

Tengok balik dalam kontrak perbankan Islam, berapa harga jualan atau bayaran balik hutang.

Contohnya rumah yang harga jualan bank / harga siling / hutang pada 500,000, maka jumlah 500K tersebut takkan lebih.

Yang berbeza ialah bayaran ansuran bulanan.

Contohnya ada bulan kena bayar 1000. Ada bulan kena bayar RM1100. Ada bulan kena bayar RM900. Bergantung kpd kadar OPR semasa. Jumlah tadi sekadar contoh.

Berbeza dengan hutang konvensional, takkan ada harga jualan balik atau total hutang yang pengguna akan bayar sepanjang tempoh pinjaman.

Ia 100% bergantung kpd OPR dan jika OPR berterusan naik, ada kemungkinan bayaran akan melebihi 500k tadi.

Saya berikan analogi untuk lebih mudah faham.

Andaikan saya berhutang dengan Tuan/Puan dengan jumlah 1000.

  • Bulan pertama saya bayar 100.
  • Bulan kedua bayar 110.
  • Bulan ketika bayar 90.

Setiap bulan jumlah bayaran adalah berbeza. Adakah ia haram? Tidak, selagi mana total bayaran ialah 1000. Jumlah ansuran atau tempoh ansuran tidak menentukan halal haram.

Apapun, hidup tanpa hutang adalah lebih tenang dan tenteram. Lagi kurang hutang, lagi tenteram hidup ini. Tak kira la hutang bank atau hutang kawan. Jauhkan sama sekali hutang dengan perbankan konvensional.

Tonton juga video ini : Kenapa perbankan Islam pun guna OPR?

@afyan.ifp

Reply to @_adamfik Kenapa perbankan Islam pun guna OPR? Jangan lupa FOLLOW dan LIKE!#JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok #Motivasi #MotivasiKewangan #selamathariguru

♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Bebanan hutang adalah #nerakawang. Jika hutang dengan perbankan konvensional akan jadi double #nerakawang + #nerakajahanam

Sertai Channel Telegram ini utk lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA. Klik di sini t.me/AfyanIFP

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Membaca berita ini, mengingatkan saya beberapa kisah. Kisah pertama daripada…