fbpx

Forex halal atau haram? Analisis berdasarkan fatwa IIFA Arab Saudi

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 329Words
  • 581Views

Sebelum ini geng-geng forex selalu menggunakan hujah forex halal di Brunei dan Indonesia.

Apabila saya dedahkan sumber rasmi daripada Brunei dan Indonesia pun forex difatwakan haram, meraka cari hujah lain.

Sekarang agak acap kali mereka gunakan pula hujah Arab Saudi.

Kata mereka, di Arab Saudi, forex adalah legal.

Tapi mereka tersilap bahawasanya legal tak semestinya halal. Arak, judi, nombor ekor, babi, bank konvensional, insurans dan sebagainya pun adalah legal tapi tak menjadikan semua tu halal.

Apabila diminta sumber fatwa Arab Saudi yang mengatakan forex halal, entahapa-hapa website yang mereka bagi. Semua adalah website geng forex trader.

Nah saya sertakan sumber rasmi daripada International Islamic Fiqh Academy (IIFA) yang berpengkalan di Arab Saudi.

Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) ialah sebuah organisasi antara bangsa. Ibu pejabatnya di Jeddah, Arab Saudi.

Ia telah ditubuhkan berikutan resolusi yang dikeluarkan oleh Persidangan Kemuncak Islam Ketiga, yang diadakan di Makkah Al-Mukarramah pada 1401 (1981).

Ia menggabungkan para alim ulama seluruh dunia Islam. Bukan calang-calang ahli yang menganggotainya. Yang pastinya ia tidak disertai oleh alim ulama palatao daripada FB, Tiktok dan Twitter.

Boleh rujuk laman web di sini berkaitan fatwa forex trading.

Saya tolong translate menggunakan bantuan Google pada perenggan berkaitan hukum forex trading.

“Resolusi No. 102 (5/11)

Perdagangan Mata Wang (Pasaran Pertukaran Asing)

Kedua: Tidak dibenarkan dalam Syariah menjual mata wang secara jual beli tertangguh, dan tidak juga menetapkan tarikh pertukaran harganya, sebagaimana yang telah dibuktikan oleh al-Quran, Sunnah dan Ijmaʿ.

Ketiga: Riba (riba), perdagangan mata wang, dan pertukaran mata wang yang tidak mematuhi ketetapan Syariah adalah antara punca utama krisis ekonomi dan turun naik kewangan yang melanda beberapa negara.”

Boleh klik di sini untuk bacaan penuh.

Agak-agak, negara mana pula mereka nak tunggang selepas ini?

Wakanda?
Isketambola?
Socovia?

Apapun, saya doakan rakan-rakan yang masih terlibat dalam forex yang masih selalu stalk FB saya, diberikan hidayah oleh Allah supaya berhijrah. Banyak lagi bisnes, trading dan pelaburan yang patuh syariah selain daripada forex.

Tak hensem takpe, janji tak bangang.

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:,

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya terima soalan berkaitan OPR: "Tuan jadi dalam kontrak pembiyaan…