fbpx

Kenapa Sehingga Hari Ini Kita Masih Gagal Merancang Kewangan?

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 480Words
  • 442Views

Dipetik dari FB Akif Radzi

KENAPA SEHINGGA HARI INI KITA MASIH GAGAL MERANCANG KEWANGAN?

1. BELUM MEMILIKI GAJI SENDIRI

Salah faham ini perlu dielakkan jika anda memikirkan hanya duit/gaji sendiri sahaja perlu diurus. Anggap sahaja PTPTN, BIASISWA, BANTUAN ANAK NEGERI dan sebagainya sebagai ‘income’ korang. Dari sini korang perlu urus dengan disiplin paling asas iaitu MENYIMPAN..

Ramai juga yang merancang tetapi dengan merancang bagaimana untuk dihabiskan setelah yuran belajar dibayar. Beli fon baru, tukar ekzos, gaming laptop, jalan-jalan tak ingat dunia.

2. BANYAK BERANGAN, TIADA TINDAKAN

Org kita sarat dengan impian, tak salah ye cuma perlu dirancang. Attend kelas kewangan dah banyak kali, nak apply simpan 10% pun payah, bukan sebab tekanan ekonomi tetapi tekanan nafsu belanja yang tinggi..huhuu

Kita bagi tahu, kalu susah menyimpan boleh buat FORCE SAVING, pastu dia kata susah la nk commit, lama masa la, takpa saya lebih suka simpan sendiri la..macam2 kan?

3. MATLAMAT KURANG JELAS

Ini satu hal lagi, matlamat selalu datang dengan kejayaan orang lain, bukan tak boleh inspired begitu, cuma perlu bersepadu dengan cara/keperluan korang. Cuma member aku pernah share, bak tahu matlamat kita jelas atau tak, cuba tanya dia kenapa nak itu, kenapa nak ini banyak kali, kalu lancar je dia explain, maksudnya jelas la tu..

4. DIBELENGGU MASALAH SURVEY

Survey atau window shopping adalah hak setiap orang, tetapi jangan jadikan sebagai habit yang tidak sihat.

“Dah 5 tahun aku survey takaful, sampai hari ni aku tak ambil lagi..”

“Mana bagus ye antara ASBF dengan ASB Biasa..?” Ini tahun ke-4 ASB beri dividen 6-7% secara konsisten sejak beliau bertanya.Hmm..

5. TIADA FAKTOR MENDESAK

“Saya dah anak 4 org baru terlintas nak ambil INCOME PROTECTION..sebelum ni asyik tangguh je sebab rasa tak perlu..dah umur 40-an tinggi juga ye carumannye..”

“Aku kena menyimpan ni weyhh, kalu tak, tak kahwin aku..”

6. KURANG ILMU

Aku sangat berkeyakinan, ilmu mampu memandu seseorang untuk bertindak dengan betul dan tepat. Ilmu juga dapat keluarkan seseorang yang masih blur untuk susun kewangan secara sistematik dan berstruktur. Jadi aku sarankan untuk laburkan sedikit kewangan anda untuk membeli bahan bacaan yang bermanfaat dengan apa yang korang mahukan? Nak beli rumah subsale? Nak gandakan wang dengan Unit Amanah? Nak rancang pusaka?

7. SELALU SALAHKAN PERSEKITARAN

“Tak nak aku amik Takaful, hari tu viral claim tak dapat..so baik aku simpan je duit ni..”

“Dah 3 tahun aku labur dalam Unit Amanah, masih lagi negatif, so nak keluarkan laa, buat belanja yang lain..”

Alasan-alasan ini sering muncul kerana kita masih keliru dengan matlamat utama kena kita perlu merancang kewangan.

8. KURANG BERKORBAN

Point ni ada kaitan dengan point ke-2, nak disiplinkan diri bukanlah sesuatu yang mudah derr, kena mujahadah kot, nk simpan satu hal, bila dapat bonus satu hal, nak rewards diri lagi.
Macam-macam ooo..

.
By the way, aku nasihatkan jangan pernah GAGAL untuk merancang SEDEQAH!

.
That was awesome bro!(Betul ke BI aku ni..)

Akif Radzi
INFAQ Consultancy
akifradzi.com

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
1. Membaca berita ini, teringat tulisan berkenaan restoran mamak yang…