Kenapa saya konsisten melawan forex trading

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:211Views

Sejak tahun lepas, terlalu ramai iklan forex yang membabitkan ramai selebriti dan influencer.

Saya ada 2 pilihan:

1. Benci dengan hati dan doakan agar ada perubahan berlaku.
2. Bersuara supaya lebih ramai yang sedar.


Saya boleh buat pilihan pertama yang lebih aman damai dan fokus kepads bisnes perkhidmatan kewangan yang saya lakukan selama ini. Yang ini lebih mudah dan lebih masyuuuuuk sebab dapat berikan banyak masa dan fokus kpd bisnes utama.

Manakala pilihan kedua akan mengundang kecaman dan serangan bertalu-talu.

Saya pilih yang kedua.

Semoga lebih ramai lagi tokoh, selebriti dan influencer yang berpengaruh untuk tampil ke hadapan untuk mengajak masyarakat menghindari forex dan riba.

“Kenapa nak lawan forex trader je? Kenapa tak lawan rasuah? Kenapa tak lawan perokok? Kenapa tak lawan mesin judi?”

Ini antara sindiran yang diberikan. Saya hanya senyum sahaja.

Setakat ini tak jumpa lagi mana-mana pihak yang mempertahankan rasuah / rokok / mesin judi sebagaimana geng forex trader mempertahankan forex. Malah ada yang siap memperlekehkan fatwa dan alim ulama yang mengharamkan forex.

Doakan saya.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Jika tidak mengajar, saya belajar. Hari ini refresh balik ilmu-ilmu…