fbpx

Keperluan dan kemampuan: Dilema anak dalam menolak permintaan pinjaman dari orang tua

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 313Words
  • 289Views

please hide my acc

I perempuan anak. umur 24
baru 7 bulan kerja SG salary
around 6k. Ada plan nak kawin
tahun depan
I nak tanya salah ke I as anak
taknak join loan dengan my dad
beli rumah condo rm550k utk 3
bilik montly rm 3100 bahagi 2,
around rm1550 sorang tak
termasuk bills.
I masih belum bayar habis bayar
hutang ptptn. Plus I takde loan
apa apa lagi.

I sampai kena cop anak tak
guna sebab taknak tolong
parent rumah yang dia nak tu.

Please I need pandangan dan pendapat.

Saya tahu, selaku anak akan jadi serba salah apabila terjadi situasi sebegini.

Malah saya juga pernah berhadapan dengan followers yang minta nasihat seumpama ini.

Ada kes, seorang arkitek muda yang mempunyai gaji yang baik, diminta oleh parent untuk beli kereta mahal walhal kalau ikutkan si anak, dia hanya mahukan kereta biasa-biasa sahaja.

Akibatnya, selepas menuruti permintaan ibu bapanya, dia terpaksa menanggung hutang yang tinggi menyebabkan cash flow bulanan koyak dan sukar untuk membuat simpanan.

Ada juga kes, ibu bapa minta si anak yang bekerja kerajaan untuk buat personal loan dengan tujuan untuk renovate rumah, dan disokong oleh adik beradik lain.

Selepas buat personal loan, si anak tadi terkontang-kanting membayar hutang.

Dilema si anak, jika tidak dituruti akan dikatakan tidak mengenang budi atau jadi anak derhaka.

Kalau tanya saya, ia berbalik kepada KEPERLUAN dan KEMAMPUAN, bukan sekadar KELAYAKAN.

Ya, betul si anak memang LAYAK untuk apply buat hutang. Tapi sejauh mana ia betul-betul PERLU dan MAMPU?

PERLU ke beli rumah tu?

PERLU ke beli kereta tu?

PERLU ke renovate rumah?

PERLU ke beli rumah, beli kereta atau renovate rumah sehingga sampai menanggung hutang yang panjang?

MAMPU ke nanti nak tanggung hutang tu?

Jadi dalam konteks hubungan keluarga, jika betul-betul perlu saya pakat-pakatlah sesama adik beradik untuk laksanakan permintaan ibu ayah.

Betul, mentaati ibu bapa itu wajib tapi dalam sama Allah juga menyeru agar tidak mencampakkan diri sendiri ke dalam kebiasaan.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada orang menolak takaful dengan alasan dia dah banyak harta…