fbpx

Dalam BukuBMW Ada Topik Zakat

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 197Words
  • 387Views

Setelah sekian lama tidak solat Jumaat, alhamdulillah semalam saya dapat menunaikan ibadah fardhu ini.

Topik khutbah Jumaat semalam berkenaan zakat, ada beberapa perkara menarik perhatian saya malah mengejutkan.

  1. Sangat mengejutkan, daripada 3.9 juta penduduk Muslim di Selangor, hanya 311 ribu orang yang membayar zakat.
  2. Jika angka itu diturunkan kepada 1.6 juta yang diandaikan layak bayar zakat, jumlah 311 orang itu masih rendah, hanya 19% sahaja yang bayar zakat.
  3. Selangor juga negeri yang paling tinggi kutipan dan pengagihan zakat, ada beberapa iaitu dengan RM855 juta kutipan dengan RM868.2 juta agihan kepada lebih 60,000 keluarga sepanjang tahun 2019.
  4. Jumlah agihan zakat melebihi jumlah kutipan zakat di Selangor.
  5. Sepanjang pendemik, sebanyak RM232 juta zakat diagihkan kepada lebih 60,000 buah keluarga.
  6. Sepanjang pendemik juga, kutipan zakat berkurangan dalam masa sama keperluan zakat terus meningkat apabila jumlah yang menjadi asnaf meningkat. Ia situasi yang membimbangkan.
  7. Lembaga Zakat Selangor menganggarkan jumlah kemiskinan akan meningkat 20%.

Ayuh berzakat. Topik ini adalah sebahagian daripada kandungan #BukuBMW di bawah topik “penyucian harta”.

Dalam perancangan kewangan, ada 7 perkara penting yg perlu disusun dengan baik iaitu:

  1. Aliran tunai
  2. Aset dan hutang
  3. Simpanan
  4. Perlindungan
  5. Pelaburan
  6. Penyucian harta (topik di atas)
  7. Pewarisan

Detail di sini untk belajar ilmu kewangan secara bermodul ini.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Wafi Razali "Wafi, aku bagi duit untuk…