Kereta Atau Rumah Dahulu
Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq
“Aku nak kau beli rumah dulu baru beli kereta.”
“Tapi saya takut tak mampu nak bayar.” kata seorang agen kepada uplinenya.
“Habis kau beli kereta ni nanti boleh bayar ke?” balas upline tersebut.
“Errr boleh kot. Lagipun kereta tu akan push diri saya untuk berusaha lebih lepas ni.”
“Jadi kau perlukan komitmen untuk push diri? Rumah tu pun boleh guna untuk push diri kau juga.
Dan kalau disewakan kau tak payah nak push diri kau sangat pun.”
Ni pandangan saya, kalau beli kereta dan belum ada rumah. Aset dan simpanan pula entah dimana, kenapa perlu beli kereta dulu untuk bergaya.
Kereta bayar RM2500 sebulan, dah boleh beli dua buah rumah berharga RM250,000 setiap satu.
“Tapi rumah tak boleh bawa pergi jumpa client……”
Kunci rumah boleh gantung kat leher kan. Bawa jumpa client. Settle.
Kumpul aset dulu kemudian rewardlah diri mengikut kemampuan. Tak perlu pilih kalau boleh buat dua-dua.
Razzaaq Ajaq
#cikguscooter
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran