fbpx

Bukti Penyata Bisnes Tanpa Modal

  • 3 years ago
  • 5Minutes
  • 841Words
  • 284Views

Pada 3 bulan lepas saya pernah ajak rakan-rakan dan followers FB ini untuk join satu bisnes networking a.k.a MLM yang pelik.

Sebab apa pelik, sebab

1. Pendaftaran PERCUMA. Nak daftar, tak perlu bayar apa-apa walaupun 1 sen.

2. Tidak perlu menjual, malah dilarang menjual secara terbuka di media sosial. Tidak perlu menjual tidak bermakna tidak ada produk. Juga tidak bermaksud tak perlu cari orang. Ia mirip skim loyalty program. Hanya referkan orang utk daftar.

3. Tiada maintain bulanan atau tahunan. Ya, memang tiada maintainance. Beli hanya apabila perlu sahaja.

4. Tidak perlu simpan stok. Tiada sistem ejen dan stokis. Kalau nak beli produk, hanya perlu lakukan secara online sahaja dan produk akan dihantar ke alamat.

5. Tiada overriding. Memang ini paling pelik. Langsung tiada sistem overriding. Saya dah join banyak MLM, tapi tak pernah jumpa yang tak ada overriding.

Serius saya katakan, saya tak pernah jumpa MLM yang mempunyai 5 ciri di atas. Kalau saya silap, tolong betulkan.

Saya tak suka katakan ia tak ada risiko sebab ada juga risiko “masa” yang terbuang kalau lepas join, tak jadi nak teruskan. Tapi berani saya katakan, tiada risiko RM terbuang utk bayar perkara yang langsung tak dapat apa-apa.

Maknanya, bayar untung beli barang. Saya cadangkan beli ubat gigi, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan. Kalau rasa mahal, tak berkualiti, boleh refund balik 100% dan stop tak perlu teruskan bisnes ini. Kalau ok, produk-produk tadi adalah barangan harian yang biasa kita beli. Maknanya, kalau tak buat bisnes ini pun, duit kita memang membeli produk tersebut.

Jadi, boleh dikatakan TIADA RISIKO hilang duit begitu sahaja. Anda tak perlu beli stok untuk dijual pun malah memang dilarang menjual oleh syarikat. Siapa nak beli, login portal dan beli online.

Apabila sebut MLM, memang ramai yang skeptikal. Ada beberapa rakan yang tolak mentah-mentah apabila saya ajak join MLM. Ada juga yang terkejut apabila kerana menganggap selama ini saya anti-MLM, walhal tak pernah sekalipun saya menentang MLM. Yang saya lawan selama ini ialah scam, skim cepat kaya, skim piramid, penipuan dan seumpamanya.

Beberapa hari pertama saya berkongsi, adalah seratus lebih yang berdaftar dan percaya dengan apa yang saya kongsikan.

Saya sudah pesan awal-awal kepada mereka, TOLONG KAJI dan JANGAN PERCAYA 100% apa yang saya tulis. Jika ada sebarang kesalahan, ada scam, ada unsur haram, ada unsur tidak patuh syariah sahaja – tolong tegur saya.

Saya tiada masalah untuk tinggalkan bisnes ini kerana ia dijalankan secara part time, isi masa lapang sahaja. Kali terakhir saya kongsikan ialah seminggu lepas.

Daripada 100++ orang pada 3 hari pertama dan kini sudah mencapai lebih 1,000 orang dalam masa hampir 3 bulan. Dan selepas 3 bulan, Alhamdullilah hasilnya sungguh memberangsangkan.

Saya tak ada kereta mewah nak ditunjukkan. Saya tunjukkan penyata pendapatan dalam masa 3 bulan ini. Utk bulan ini yang masih berbaki beberapa hari, ada satu minggu lagi yang belum diterima. Ia dimasukkan setiap hari Selasa.

Kenapa saya tunjukkan? Tadi saya sebut, jika ia scam dan tidak patuh syariah, saya tiada masalah untuk tinggalkan sebab ia hanya saya lakukan untuk isi masa lapang.

Jika benar skim ini scam, saya akan salurkan wang ini ke tabung tidak patuh syariah dan saya akan umumkan kepada publik sebegini rupa. Setakat ini sebahagiannya saya salurkan ke badan kebajikan dan NGO yang saya sertai.

Kalau ada yang memang selalu online, sangat sesuai sertai bisnes ini. Mesej sahaja kepada rakan-rakan untuk daftarkan mereka. 3 bulan saya jalankan ia secara part time dan online 99%.

Ada yang berminat? Saya buka peluang kpd rakan-rakan lain utk sertai. PERCUMA sahaja nak daftar. Boleh tengok-tengok dulu. Test market dulu.

Siapa nak tau, boleh like dan komen dulu. Nanti saya update ke sini.

——-

UPDATE: Posting asal sampai di atas tu je. Tak sempat saya nak reply setiap satu komen, jadi saya post ke sini:

Bisnes ini hampir tiada risiko. Buat kajian betul-betul sebelum join. Dah yakin baru join. Tak yakin jangan join.

Berminat nak join ?

Bisnes ini hampir tiada risiko. Follow step di bawah:

  1. Join Channel Telegram ini & baca penerangan Telegram Channel
  2. Jika puas hati, boleh daftar. Daftar PERCUMA. Tak keluar duit 1 sen pun.
  3. Lepas daftar boleh join group ahli. Boleh tanya, boleh ikuti diskusi, boleh argue kalau tak puas hati. Jika masih tak puas hati, boleh left group. Tak rugi walau 1 sen.
  4. Kemudian join sesi preview dan sesi training teknikal. Semua ni PERCUMA & 100% online.
  5. Jika yakin, baru boleh cuba produk: ubat gigi, berus gigi, sabun basuh baju, sabun mandi basuh pinggan, berus. Beli produk ini utk gantikan dgn brand lama. Jika lepas beli & guna, didapati tak berbaloi dengan harga dan kualiti, refund 100% & tak perlu ke step seterusnya. Produk yang saya rekomen tadi semua ada money back guaranteed kecuali berus gigi.
  6. Jika yakin dgn produk dari sudut harga dan kualiti, barulah start promote & ajak ahli baru.

Hampir tiada risiko. Sekurang-kurangnya ada 4 filter sebelum start beli barang. Itupun jaminan pulangan wang 100%.

Kalau tak konfiden, selepas 4 step di atas, tak perlu teruskan. Boleh juga buat kajian sendiri pasal bisnes ini.

Mulakan langkah pertama dgn klik link di Telegram Channel

Join Channel Telegram ini

Kemudian baca penerangan dari pinned message.

Jika ok, boleh klik link wasap ini utk registration PERCUMA. Daftar PERCUMA

 

 

Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila saya kongsikan tips membeli kereta dan kos sebenar membeli…