Kes buli di sebuah sekolah di Selangor

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:107Views

Kes buli di sebuah sekolah di Selangor.

Saya kongsikan sebagai awareness, selepas dapat keizinan daripada ibu mangsa, makcik saya sendiri selepas beliau kongsikan dalam group keluarga.

Dimaklumkan bahawa mangsa yang juga sepupu saya itu dibuli oleh senior dengan cara dibogelkan dan dimasukkan ke locker dan ditumbangkan. Kanta matanya pecah apabila ada pembuli yang smash bulu tangkis pada jarak.

Sepupu saya baru selesai operation matanya, mohon doa semua.

Saya kongsikan sebagai awareness kepada ibu bapa yang mempunyai anak di asrama. Sebelum ini hanya baca kisah orang lain, kali ini baca dalam group keluarga sendiri.

Daripada awal tahun lagi saya tahankan diri untuk berkongsi hal ini, tapi baru hari ini dapat keizinan lalu saya kongsikan.

Sebagai bapa yang mempunyai anak di asrama sudah tentu risau kalau perihal begini terjadi kepada anak sendiri. Budaya buli wajib dibasmi sepenuhnya.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Page INFAQ Consultancy Sambutan Majlis Hari Raya…