fbpx

Kes GL decline selesai: Pelajaran untuk industri takaful

  • 3 days ago
  • 2Minutes
  • 201Words
  • 14Views

Alhamdulillah. Kes yang viral final GL decline itu selesai

Tahniah pelanggan dan ejen yang sabar dan komited sehingga kes selesai.

Menurut pelanggan, puncanya ialah apabila berlaku inconsistency dalam laporan doktor.

Cubit peha kanan, peha kiri turut terasa.

Sebagai ejen, saya pun ralat atas apa yang terjadi ke atas rakan seindustri. Kalau kena dekat klien sendiri, memang tak tidur lena.

Insiden seumpaam ini memberi persepsi negatif apabila kes selesai hanya selepas viral.

Memberi mesej negatif kpd publik:

“Kalau ada masalah GL decline, viralkan. InsyaAllah akan cepat selesai, berbanding gunakan saluran rasmi”

Bukan sekali, tapi banyak kali.

Bukan satu kompeni, tapi banyak kompeni.

Semua kompeni takaful akan risiko berlaku kes seumpama ini.

Dan nampaknya berdasarkan kes ini, kelewatan claim diluluskan berpunca akibat inconsistency dalam laporan rawatan hospital yang dihantar kepada syarikat takaful.

Tapi yang kena kecam ialah industri takaful.

Besar harapan saya agar Bank Negara Malaysia dan MTA melakukan sesuatu agar tidak berulang lagi.

Mungkin perlu dapatkan kerjasama daripada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk handle isu claim dengan hospital swasta.

Dan saya yakin di pihak hospital swasta pun tentu lebih suka jika bayaran dijelaskan lebih awal.

Jika tidak ditangan, makin sukar sasaran MTA utk capai kadar penembusan takaful 40%

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ebook istimewa perjalanan pengalaman 20 tahun saya dalam bidang takaful…