fbpx

Kes medical card harga tetap: Pengajaran untuk semua ejen takaful

  • 2Minutes
  • 222Words
  • 46Views

Ingat lagi tak kelmarin saya ada kongsikan tentang ejen mempromosikan “medical card harga tetap”?

Selepas dihubungi oleh ejen tersebut, saya maklumkan bahawa sudah hubungi direct kepada syarikat berkenaan untuk pengesahan dan ejen tersebut menyokong tindakan saya.

Sehari selepas itu, saya dapati iklan tersebut sudah tiada.

Saya tanyakan kepada ejen berkenaan tapi hanya bluetick.

Tadi saya dapat maklum balas daripada pihak syarikat takaful berkenaan, dan ini respon mereka:

“Salam Sejahtera Encik Afyan,

Merujuk kepada emel anda, kami ingin memaklumkan bahawa bagi kad perubatan di bawah ABC, tiada harga tetap yang kekal sepanjang tempoh hayat kad tersebut.

Harga premium akan disemak dan boleh berubah mengikut keadaan semasa.”

Lalu saya maklumkan kepada ejen berkenaan dengan mesej berikut:

“Assalamualaikum

Saya dah dapat jawapan daripada ABC, dan mengesahkan TIADA medical card harga tetap.

Jadi, saya harap Encik dapat buat penjelasan terbuka di FB Encik tentang misleading dan misselling yang berlaku.

Juga perlu berikan juga penjelasan kepada klien2 yg dah sign up disebabkan percaya dengan iklan Encik”

Saya harap ia menjadi pengajaran kepada kita semua, termasuk diri saya dan ejen-ejen saya.

Jika ejen lama yang jalankan promosi seumpama ini, ia amat dikesali.

Jika ejen baru yang jalankan, sudah tentu ada ejen senior yang ajar, dan ia juga amat dikesali.

Boleh tengok posting saya pada hari Sabtu lepas untuk melihat kronologi kes ini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Insurans dan takaful perubatan, atau medical card makin hari makin…