Nekad Melawan Arus

 

Throwback

Mengimbau kembali status yang ditulis selepas saya membuat keputusan untuk menjalankan bisnes takaful dan kewangan Islam secara sepenuh masa.

Sebelum itu, saya jalankan bisnes takaful secara part time di samping beberapa bisnes lain. Antara lain bisnes yang pernah saya lakukan termasuklah bisnes printing, bisnes MLM, bisnes baju, bisnes topup, bisnes training, bisnes pasar malam, bisnes alat bantu mengajar – 2 kurang lebih selama 6 tahun selepas grad.

Mengambil keputusan dan haluan berbeza berbanding rakan-rakan yang graduate daripada Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM. bukanlah satu keputusan yang mudah.

Aduh, memang penat kerja melawan arus ini. Di kala orang lain selepas grad menulis resume, saya merangkak-rangkak menulis business plan. Ketika orang lain menghadiri temu duga kerja, saya terhegeh-hegeh ditemuduga klien.

Ketika orang lain membelek akhbar mencari kerja kosong, saya membelek akhbar mencari peluang berniaga. Ketika orang lain hujung bulan mendapat gaji bulanan, saya belum tentu.

 

Terpengaruh dengan Robert Kiyosaki

Yang paling menghairankan dan menggemparkan kawan-kawan dan junior di universiti, ialah keputusan untuk tak nak chambering yang menjadi budaya dan rutin majoriti pelajar graduan undang-undang. Selalunya yang tak chambering disebabkan mereka sudah dilamar oleh majikan tertentu untuk terus bekerja dan selalunya dari kalangan graduan yang score CGPA 3.0, bukan yang macam saya cukup makan sahaja

Itulah padahnya belajar daripada buku semata-mata (padan muka saya!).

Ketika itu saya banyak terpengaruh dengan buku-buku Robert Kiyosaki yang menulis Rich Dad Poor Dad. Melalui buku beliau, ia membawa satu pandangan terbalik: belajar bersungguh-sungguh, masuk universiti, kemudian selepas grad: jadi usahawan.

Berbanding dengan pandangan biasa: belajar bersungguh-sungguh, masuk universiti, kemudian selepas grad: jadi chambering dan menjadi peguam, atau menjadi pegawai PTD atau paling tidak memohon KPLI atau JQAF.

Akibat terpengaruh dengan saranan inilah saya melawan arus, konon-konon ingin menjadi usahawan.

Tambahan pula, semenjak dari pusat matrikulasi pada 1998, saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi peguam. Tetapi cita-cita lain yang ada kaitan dengan undang-undang masih di dalam perancangan saya.

Tapi selepas membaca buku Robert Kiyosaki, terus saya padamkan sebarang cita-cita untuk makan gaji. Selepas grad, boleh hanya 2 kali hantar resume untuk mohon kerja makan gaji, dek kerana taksub dengan fahaman Robert Kiyosaki ini.

Apabila mengenang kembali perjalanan hidup selama 11 tahun full time dan 6 tahun part time dalam bidang kewangan ini, kadang terfikir betapa bodohnya saya dahulu. Andai ada mesin masa untuk patah palik, banyak yang saya nak saya pesan kepada Afyan Mat Rawi yang berusia 23 tahun itu.

Hahahahaha…

Ada sesiapa yg ingin bersama saya di INFAQ Consultancy dalam bidang takaful dan kewangan Islam?

Isi borang di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Dipetik dari FB Rashid Mohaimin Nak faham Takaful ni senang…