fbpx

Kes pembunuhan: Perspektif undang-undang sivil dan syariah

  • 3 days ago
  • 3Minutes
  • 517Words
  • 12Views

Jika anda ahli keluarga mangsa, apakah hukuman paling setimpal yang patut diberikan kepada pembun0h?

Saya tak sanggup melihat video dan gambar-gambar insiden kejadian kemat!an seorang pemandu yang dibelasah rider penghantar makanan beramai-ramai sehingga maut.

Hanya gambar ini sahaja yang tergamak saya lihat dan ia sungguh meruntun hati dan perasaan.

Terbayang jika ini berlaku dalam keluarga saya. Sama ada saya yang menerima nasib seumpama itu atau ahli keluarga lain yang menjadi mangsa.

Suspek kes tersebut sedang dicari dan orang ramai yang mempunyai maklumat, bolehlah berikan maklumat kepada pihak polis.

Berdasarkan undang-undang sivil, ada beberapa hukuman yang mungkin akan dijatuhkan jika didapati bersalah.

1. Hukuman gantung sampai mat!

2. Hukuman penjara

3. Hukuman denda

4. Jika bernasib baik selepas dipenjarakan, berpeluang mendapat pengampunan daripada YDPA.

Bandingkan dengan undang-undang syariah.

Dalam undang-undang Syariah Islam, dalam kes bun0h, ada beberapa hukuman yang boleh dipertimbangkan;

1. Bunuh balas / qisas

2. Bayar ganti rugi kpd keluarga si mati

3. Pembunuh dimaafkan oleh keluarga mangsa.

Ketiga-tiganya adalah pilihan kepada keluarga si mati selepas mahkamah membuat perbicaraan yang adil dan saksama, atas nasihat hakim.

Kita lihat satu persatu hikmah di sebalik undang-undang syariah ini berbanding undang-undang sivil.

1. Bunuh balas / qisas

Apa manfaat bunuh balas?

Ia akan menggerunkan masyarakat supaya takut untuk melakukan jenayah ini lagi.

2. Bayar ganti rugi kepada keluarga si mati

Apa manfaat bayar ganti rugi?

Keluarga si mati akan mendapat pampasan kewangan yang hilang akibat kematian si mati yang mungkin dia adalah pencari nafkah keluarga, atau juga pampasan akibat faktor emosi dan sosial yg menjejaskan ekonomi keluarga si mati. Ia mirip manfaat kepentingan “income protection”.

3. Pembunuh dimaafkan oleh keluarga mangsa.

Apabila berlaku kematian, impak paling besar adalah terhadap ahli keluarga. Maka ahli keluarga mangsa sahaja yang mempunyai hak untuk memberikan kemaafan atau tidak.

Bandingkan pula dengan undang-undang sivil.

Berbeza dgn hukuman undang-undang jenayah sivil tadi.

Apa manfaat penjara?

Ia adalah tempat penjenayah dikumpul. Apabila mereka berkumpul sebenarnya mereka masuk ke “universiti” kerana di sana mereka dapat belajar dgn otai-atai lama mereka. Malah selepas keluar, mereka boleh menjalankan aktiviti jenayah kembali dgn lebih cekap.

Dalam tempoh pemenjaraan itu, semua makan, minum, tempat tinggal akan ditanggung oleh kerajaan yang menggunakan cukai rakyat. Adakah Tuan-puan redha cukai kita diguna untuk menanggung kos penjenayah? Difahamkan kos menanggung banduan di penjara adalah RM41 sehari dan ia adalah daripada cukai yang kita bayar!

Apa pula manfaat denda?

Denda dibayar kepada kerajaan, bukan keluarga mangsa. Jadi, kerajaan yang dapat manfaat daripada denda yang dibayar oleh penjenayah.

Antara perbezaan besar hukuman undang-undang syariah berbanding hukuman undang-undang sivil ialah hak jatuh hukum selepas perbicaraan adil dilakukan ialah; dalam undang-undang syariah hak tersebut milik ahli keluarga manakala dalam undang-undang sivil hak tersebut milik mahkamah.

Maqasid (tujuan) syariah ialah untuk menjaga kebajikan ahli keluarga yang baru kehilangan ahli keluarga.

Nampak tak perbezaan besar antara undang-undang sivil dengan undang-undang syariah?

Jika anda ahli keluarga mangsa, mana satu yang anda rasa lebih adil?

Agak-agak, jika ditanya kepada ahli keluarga mangsa kes dalam gambar di atas, yang mana satu mereka akan pilih?

Yang mana lebih menepati fitrah manusia?

Share dan like posting ini jika bermanfaat.

#SayaSokongHudud
#SayaSokongQisas
#SayaSokongRUUSyariah

Afyan Mat Rawi, LL.B

Jemput follow

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Malam tadi saya menerima satu mesej daripada seorang netizen yang…