Kes Zara: Keputusan mahkamah vs naratif media sosial

Apa ke benda la sampai tahap macam ni.
Kes Zara ini makin lama makin banyak maklumat baru yang keluar daripada saksi-saksi sepanjang sesi inkues.
Ada yang selari dengan khabar angin dan naratif lama.
Ada juga yang bercanggah sama sekali.
Apabila kenyataan saksi selari dengan naratif mereka, segelintir nerakazen akan angkat saksi itu sebagai wira yang adil, berani, dan pembela kebenaran.
Namun apabila kenyataan itu tidak sama dengan naratif yang mereka percaya, saksi yang terus dituduh sebagai tidak adil, dibayar, menipu, membela pembuli dan sebagainya.
Sampai macam-macam teori baru keluar. Sama macam cerita mesin basuh baru ni. Sekarang ada teori baru pula, warden kekasih pembuli, dan disuruh r0g0l Zara. Gila!!!
Kita faham, daripada awal memang berlakunya perlanggaran SOP dalam kes ini. Namun tidaklah bermaksud semua yang tak sama dengan tekak kita adalah konspirasi. Ia juga bukan alasan untuk tambah fitnah
Dua benda salah tidak menjadikan salah satu betul.
Sebaiknya kita tunggu keputusan hakim Mahkamah Koroner.
Kalau taknak, kita buat tagline baru, “Netizen hakim negara”.
Afyan Mat Rawi
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

