fbpx

Kesedaran Bangsa Cina Lebih Tinggi Terhadap Kepentingan Perlindungan Kewangan

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 227Words
  • 292Views

Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans konvensional lebih tinggi dari takaful.

Bukti kesedaran bangsa bukan Melayu terutama Cina lebih tinggi terhadap kepentingan perlindungan kewangan berbanding orang Melayu terhadap takaful.

Berikut adalah tulisan FB Tn Muhammad Ridhuan Abdul Malik berkenaan pentingnya takaful dalam perancangan kewangan kita.

[‘Penyelamat’ ketika musibah]

“Saya ada seorang kawan Cina di pejabat..”, kata kawan saya.

Sambung dia lagi. “Kawan saya yang Cina ni kata, dia ada 5 polisi Insurans, dan peruntukan lebih kurang 4-5 ribu setahun untuk bayaran caruman Insurans dia.”, satu kelas tergamam.

“Berapa gaji dia sebulan?”, tanya guru kami.

“Baru RM3000 sebulan.”, jawab sahabat saya.

Congakkan kasar saya dalam kepala lebih kurang RM300++ dia peruntukan sebulan untuk perlindungan dia.

Dengan bayaran caruman RM300++, kemungkinan pampasan polisinya boleh jejak RM500k atau lebih.

“Apa yang sebabkan dia carum terlampau banyak?”,tanya salah seorang penuntut dalam kelas.

Kawan saya berkongsi, katanya,”kawan saya yang Cina tu kata, dengan Insurans lah yang bantu dia nanti semasa ditimpa musibah. Walaupun dia datang dari keluarga berada, tapi dia lebih suka merancang masa depannya dengan mencarum Insurans.”

Merancang masa hadapan dengan mencarum Insurans dan lebih tepat Takaful untuk Muslim adalah salah satu langkah proaktif.

Apabila ditimpa musibah baru mahu mencarum Takaful memang tidak sesuai.

Kata pepatah Melayu ‘ibarat nasi sudah menjadi bubur’. Menyesal pun tidak berguna.

Muhammad Ridhuan bin Abdul Malik
Infaq Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam politik ramai yang jenis LGBT. “LGBT = Lagi Geng…