fbpx

Ketiadaan Warna Kuning Pada Baju Kemerdekaan

Saya kira persoalan yang diutarakan pagi tadi berhubung ketiadaan warna kuning pada baju kemerdekaan yang dipakai oleh PM dan menteri, mungkin sudah ada jawapannya.

Tiada kaitan dengan tajaan Petron atau signal untuk menghapuskan institusi raja yang sinonim dgn warna kuning.

Pakaian warna sama pernah dipakai oleh PM Najib ketika sambutan kemerdekaan ke 57 dahulu.

Jika ada yang nak bandingkan dengan pakaian PM Najib tahun lepas, tidak timbul persoalan sebab warna baju tahun lepas bukan baju dengan tema warna jalur gemilang.

Yang menjadi persoalan ialah apabila warna jalur gemilang tapi tiada warna kuning.

Tapi rupa-rupanya warna dengan tema sebegini pernah digunakan ketika sambutan kemerdekaan ke – 57.

Jadi, kiranya persoalan ini sudah ada jawapan.

Tq Tuan @Nabieh Rahmat atas info ini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com