fbpx

Kewangan : Belajarlah dari basikal sebelum melompat ke motosikal

  • 5 months ago
  • 1Minute
  • 190Words
  • 148Views

Jangan la nak sembang buat duit berjuta-juta kalau nak menyimpan RM1,000 pun susah.

Prinsip saya mudah, golongan yang tak mampu menyimpan dengan konsisten, mereka ini juga sukar membuat pelaburan dengan baik.

Saya sentiasa ibaratkan situasi ini seperti menunggang motosikal dan basikal

Jika dibandingkan antara kedua kenderaan ini, sudah tentu menunggang motosikal lebih cepat sampai ke destinasi berbanding basikal.

Namun dalam masa yang sama, risiko kepada penunggang motosikal juga lebih besar. Dan sudah tentu kos untuk menjaga motosikal juga lebih besar berbanding basikal.

Untuk anak-anak kecil, mereka perlu diajar untuk menunggang basikal terlebih dulu. Sampai masa, barulah kita rasa selamat untuk mereka belajar menunggang motosikal.

Bayangkan anak kecil yang berumur 7 tahun anda berikan motosikal. Apa akan jadi? Dah la bagi motosikal, tak ada lesen. Paling teruk, kita suruh anak kecil tadi tu bawa motor tadi di lebuhraya.

Apa akan jadi pada anak kecil itu tadi?

Begitulah dalam kewangan. Setiap instrumen dicipta untuk melengkapi antara satu sama lain. Basikal ibarat seperti simpanan, manakala motosikal pula seperti pelaburan.

Buat perlahan-lahan. Paling penting, cari ilmu supaya ilmu itu tadi akan pandu kita ke jalan yang lebih baik.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selepas beberapa kali membaca posting Abe Nazz berkenaan mazhab kewangan…