fbpx

7 Langkah kewangan bebas ‘Baby Steps’ Dave Ramsey

  • 4 months ago
  • 3Minutes
  • 415Words
  • 274Views

Selepas beberapa kali membaca posting Abe Nazz berkenaan mazhab kewangan Dave Ramsey, tiba-tiba beberapa hari lepas dapat emel daripada Reading Graphic berkenaan buku “The Total Money Makeover”

Beberapa tahun lepas pernah ada rakan netizen yang mencadangkan saya membaca buku-buku beliau berbanding Robert Kiyosaki Cadangan itu datang selepas beberapa kali menulis bahawa saya tidak mengikut sepenuhnya mazhab Robert walaupun saya suka membaca buku-buku Rich Dad beliau.

Ternyata selepas saya membaca teknik-teknik yang dikemukakan oleh David, ia lebih dekat dengan pendekatan saya selama ini berbanding Robert, terutama bab hutang.

Saya kongsikan di sini, 7 langkah yang dikongsikan beliau:

1. LANGKAH PERTAMA: Dana Kecemasan

Simpan RM1,000 sebagai dana kecemasan. Dana ini penting untuk menghadapi kecemasan tak terduga seperti kerosakan kereta atau kos perubatan yang tidak dijangka.

2. LANGKAH KEDUA: Lunaskan Hutang dengan Kaedah Bola Salji Hutang

Lunaskan semua hutang anda, bermula dengan yang terkecil. Sebagai contoh, jika anda mempunyai hutang kad kredit dan hutang pembiayaan peribadi, fokuskan untuk melunaskan hutang kad kredit terlebih dahulu sambil membayar jumlah minimum untuk pinjaman peribadi yang lain. Hutang rumah tidak termasuk, ia dalam langkah ke-6.

3. LANGKAH KETIGA: Dana Kecemasan Sepenuhnya

Tingkatkan dana kecemasan anda kepada jumlah yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hidup selama 3 hingga 6 bulan. Ini memberikan ketenangan fikiran jika anda kehilangan pekerjaan atau menghadapi kecemasan kewangan yang besar.

4. LANGKAH KEEMPAT: Melabur 15% dari Pendapatan Isi Rumah dalam Persaraan

Mulakan melabur 15% daripada pendapatan isi rumah anda dalam akaun KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau akaun persaraan peribadi seperti PRS (Private Retirement Scheme).

5. LANGKAH KELIMA : Simpan untuk Pendidikan Anak-Anak

Simpan dana untuk pendidikan anak-anak anda dalam akaun SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) atau akaun pendidikan yang lain. Ini membantu memastikan anak-anak anda mempunyai dana untuk pengajian tinggi di masa depan.

6. LANGKAH KEENAM: Lunaskan Pinjaman Rumah Lebih Awal

Usahakan untuk melunasi pinjaman rumah lebih awal dengan membuat pembayaran tambahan setiap bulan atau membuat pelarasan kepada jadual pembayaran rumah anda.

7. LANGKAH KETUJUH : Kembangkan Kekayaan dan Bersedekah

Kembangkan kekayaan anda melalui pelaburan hartanah atau pasaran saham. Sementara itu, teruskan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat atau organisasi kebajikan sebagai tanda penghargaan atas kejayaan kewangan anda.

Itu dia 7 langkah yang disebut juga sebagai “Baby Step”.

Saya belum baca sepenuhnya buku tersebut, dan ada beberapa persoalan juga yang bermain di fikiran seperti kedudukan takaful dalam perancangan kewangan beliau.

Cara beliau sangat konservatif, banyak fokus kepada simpan, bayar hutang, simpan dana persaraan, simpan dana pendidikan, bayar hutang dan akhir sekali barulah melabur dalam hartanah dan saham.

InsyaAllah nanti saya akan kongsikan lagi jika selesai menekuni buku beliau.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Isu NGO yang mengutip derma dan gunakan sebahagian daripada sumbangan…