fbpx

Khutbah Jumaat : Ciri utama pemimpin yang ku cari

  • 8 months ago
  • 1Minute
  • 151Words
  • 200Views

Bagus tajuk khutbah Jumaat di Selangor hari ini.

“CIRI UTAMA PEMIMPIN YANG KU CARI”

Kesimpulan daripada khutbah ini adalah:

1. Umat Islam hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai ciriciri kepimpinan Rasulullah SAW yang berakhlak mulia dan bersifat dengan sifat-sifat yang baik.

2. Umat Islam hendaklah memilih pemimpin yang berusaha mengatasi kesukaran rakyatnya, sangat mengambil berat dan sayang kepada orang-orang yang beriman.

3. Umat Islam hendaklah memilih pemimpin yang lebih mengutamakan maslahah rakyatnya daripada kepentingan serta maslahah peribadi atau ahli keluarganya.

4. Umat Islam hendaklah berijtihad menggunakan seluruh daya dan upaya dengan pertimbangan mengikut prinsip-prinsip Islam ketika mengundi memilih pemimpin yang dapat menjaga kepentingan umat dan agama Islam.

Kesimpulan di atas adalah daripada petikan khutbah tadi.

Ia seiring dengan apa yang saya tulis pagi tadi:

Tak tahu nak pilih mana? Pilih yg paling kurang mudarat berdasarkan prinsip maqasid syar’iyyah:

1. Menjaga agama,

2. Menjaga nyawa,

3. Menjaga akal,

4. Menjaga keturunan, dan

5. Menjaga harta.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tempoh hari saya berjumpa dengan seorang sifu saya, seorang jutawan…