fbpx

Pengalaman mediasi mahkamah

  • 9 months ago
  • 2Minutes
  • 366Words
  • 219Views

Ada beberapa perkara menarik sepanjang proses mediasi kami (saya dan Cikgu Fadli) dengan Atomy Malaysia.

Posting saya yang dikatakan memfitnah Atomy hanya ada 2 sahaja, berbanding 16 posting oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Walhal banyak juga yang saya menulis tentang Atomy Co Ltd dan kaitannya dengan aktiviti Kristianisasi yang mereka jalankan.

Jadi selepas itu baru saya sedar mengapa hanya ada 2 sahaja posting saya yang diambil perhatian oleh mereka untuk dibawa ke mahkamah. Sebabnya saya tulis secara jelas syarikat Atomy Co Ltd, berbanding Cikgu Fadli hanya tulis “Atomy” sahaja.

Jadi apabila Cikgu Fadli menulis Atomy menjalankan aktiviti berkaitan Kristianisasi, maka mereka triggered untuk mengambil tindakan saman.

Perlu saya ingatkan bahawa, proses mediasi ini adalah daripada mahkamah, bukan daripada kami atau Atomy Malaysia. Hakim mengarahkan plaintif dan defendan untuk melalui proses mediasi.

Mediasi bermaksud penyelesaian di luar mahkamah atau dengan kata lain “setel luar”.

Dalam draf cadangan persetujuan yang disediakan, kami diminta untuk meminta maaf dan menarik balik semua posting yang dikatakan memfitnah – dan sudah tentu kami menolaknya. Takkan nak bagi kemenangan percuma kepada Atomy Malaysia begitu sahaja.

Lalu proses mediasi berjalan dan terus berjalan. Semalam adalah kali kedua proses mediasi berlangsung, dan mengambil masa yang amaaaaaaaat panjang.

Isu fitnah yang ingin mereka dakwa kepada kami ialah tuduhan mengatakan bahawa Atomy Malaysia terlibat dalam aktiviti Kristianisasi dan mereka menafikannya.

Ada pun tuduhan untuk mengatakan bahawa Atomy Co Ltd terlibat dalam aktiviti Kristianisasi, mereka tidak menafikannya dan tidak mengiyakannya. Kata mereka, sebagai anak syarikat yang dimiliki 100% oleh Atomy Co Ltd di Korea, mereka tidak mempunyai hak untuk memberi kenyataan mewakili parent company.

Mediasi yang berlangsung masih belum ada kata putus dan saya jangkakan akan ke bicara penuh.

Peguam-peguam yang mewakili kami, Pn Nor Zabetha dan Pn Shasha mengatakan bahawa itulah proses mediasi yang paling panjang mereka lalui sepanjang karier sebagai peguam.

Bro Firdaus Wong mengakui perkara sama. Sesi mediasi beliau hanya berlangsung sekali dan gagal. Dan saya baru tahu, ini kali pertama beliau disaman. Sebelum-sebelum ini, yang banyak hanyalah ugutan saman dan beliau menyaman orang lain.

Saya pula, ini kali kedua disaman selepas kali pertama oleh Alfafa tahun 2017 lalu. Yang banyak hanyalah ugutan saman, saman parking dan saman trafik.

Mohon doakan kejayaan kami.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bagus tajuk khutbah Jumaat di Selangor hari ini. “CIRI UTAMA…