fbpx

Kisah Air Jampi

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 566Words
  • 422Views

Seorang wanita bertemu dengan saya untuk mendapat khidmat nasihat kewangan.

Sambil-sambil mendapat khidmat nasihat kewangan, beliau mengadu tentang suaminya.

Kata beliau suaminya agak sukar bekerjasama dengan beliau dalam banyak hal terutama kewangan. Jadi agak sukar untuk dia cadangkan proposal Loving Couple Policy Takaful yang saya cadangkan.

Loving Couple Policy Takaful ialah alternatif kepada hibah takaful yang lebih secure kerana jika suami langgan hibah takaful, suami boleh tukar penama hibah kepada orang lain tanpa pengetahuan isteri.

Berbanding Loving Couple Policy, polisi akan lebih selamat dan win-win situation untuk kedua-duanya. Apapun hibah dalam takaful ada kelebihan tersendiri.

Berbalik cerita tadi

“Suami saya selalu marah-marah. Susah nak bincang dengan dia. Lagi- lagi bab kewangan”, kata wanita tersebut.

Tugas perunding kewangan nampaknya boleh menjadi perunding rumah tangga pula. Hihi…

Saya teringat satu cerita dan saya cuba applikasi dalam kes ini.

“Puan, saya boleh bantu Puan”, kata saya.

“Macamana Encik Afyan?”, balasnya.

“Saya ada air jampi yang boleh buat suami Puan tidak lagi marah-marah”.

“Wah!!”, bersinar-sinar wajahnya!

Lalu saya keluarkan satu botol “air jampi” dan membaca sedikit “jampi”.

Kemudian saya berikan kepada wanita berkenaan dan titipkan pesanan.

“Air jampi ini Puan guna setiap kali suami Puan marah-marah”, kata saya.

“Nak kena renjis ke macamana?”

“Bukan. Setiap kali suami Puan marah, Puan kumur guna air ini. Selagi suami Puan marah-marah selagi itu Puan berkumur-kumur”

“Oh, senang sangat? Berkesan ke?”

“InsyaAllah dengan izin Allah. Masa kumur Puan doa banyak-banyak”.

Selepas sebulan Puan itu berjumpa saya dan berkongsi khabar gembira.

“Encik Afyan, betullah! Memang menjadi air jampi ni!

“Alhamdulillah”

“Selepas sebulan, baran suami saya nampak makin berkurangan. Sudah mudah nak bincang. Hari tu saya ajak bincang pasal takaful yang Encik Afyan cadangkan, nampak lebih mudah”

“Wah, ini sudah bagus!”

“Nanti saya jumpakan Encik Afyan dengan suami saya untuk sign up polisi Loving Couple Policy yang Encik cadangkan tempoh hari”

“InsyaAllah”

“Tapi Encik Afyan, air jampi ini sudah nak habis. Boleh Encik Afyan jampi lagi?”

“Tak susah, Puan beli sahaja air mineral biasa dari mana-mana kedai dan gunakan macam saya ajar”

“Tak payah jampi?”

“Tak payah. Sebab yang menyebabkan suami Puan tidak lagi marah-marah bukan sebab air tersebut, tapi sebab mulut Puan”

Puan itu terpinga-pinga.

Tamat cerita.

Ini adalah cerita rekaan adaptasi dari kisah yang pernah saya baca. Mungkin Puan-Tuan pernah baca, cerita ini saya olah kembali.

Pengajaran; Jangan percaya sembarangan pada air jampi, takut jatuh syirik.

Pengajaran seterusnya; Bincang dengan baik bersama pasangan untuk merancang kewangan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Loving Couple Policy Takaful, baca disini

Kalau rasa insaf dengan pengajaran cerita ini, tolong kongsi-kongsikan.

Afyan Mat Rawi
Baca sampai habis? Minta tolong sikit boleh?

1. Follow dan klik see FB.com/afyan.ikhlas ini first jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
Telegram t.me/AfyanIFP
YouTube.com/c/AfyanIFP
Instagram.com/Afyan.IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini, Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sekiranya ada sakit kencing manis, jika ada luka atau dalam…