fbpx

Kisah bapa pengasas pasaraya Mydin yang ramai tidak tahu

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 463Words
  • 482Views

Kecoh isu Caprice saman Mydin, saya teringat tips kewangan yang dikongsikan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin dalam program Konvensyen Usahawan Muslim 2013.

Beliau menceritakan kisah beliau bersama ayahnya, Mydin datang ke Restoran Mahboob, di Bangsar.

Ayahnya order mee goreng, sememangnya makanan kegemaran beliau bersama-sama air suam.

Kemudian, apabila tiba mee goreng, ayahnya meminta limau lebih.

Tidak semena-mena apabila sampai limau, ayah beliau mengambil limau tersebut dan memerah ke dalam air suam tadi.

Datuk Ali Ameer amat terkejut melihat perbuatan ayahnya! Lalu bertanya, mengapa berbuat demikian?

Jawab ayahnya, “Mengapa perlu membayar RM1.50 sedangkan ia boleh diperolehi percuma?”.

Jika beli air limau suam, kena bayar RM1.50. Jika beli mi goreng dengan limau lebih, hanya bayar harga mi dan air suam percuma.

Ada lagi beberapa kisah lain yang dikongsi oleh beliau berkenaan cara pengurusan kewangan ayahnya yang juga pengasas pasaraya Mydin, antaranya:

  • Jika beli lauk berkuah, contohnya ayam kari – satu ketul dibungkus satu plastik, jangan gabungkan beberapa ketul dalam satu plastik. Harganya sama, tapi kita akan dapat kuah yang lebih dan boleh gunakan banyak kali.
  • Jika balik ke Kalantan daripada KL, ayahnya lebih suka naik bas berbanding naik kapal terbang untuk jimatkan kos. Waluapun ada kapal terbang tambang murah, tapi jika dicampur kos perjalanan ke lapangan terbang akan jadi lebih tinggi. Naik bas lebih murah dan tempat duduk lebih selesa berbanding kapal terbang murah.

Pesanan Datuk Ali Mydin, sebagai bisnesman kita perlu berkira-berkira.

Sehingga kini, tagline “Mengapa Bayar Lebih?” menjadi motto Pasaraya Mydin.

Bila kali terakhir anda ke Mydin? Saya baru ke sana 2 minggu lepas 😁

Mydin Jasin

Saya suka ke Mydin sebagai tanda sokongan kepada usahawan Muslim. Jika ke sana, sukar nak jumpa pelanggan berbangsa Cina. Orang lain perasan perkara sama tak? Atau mungkin di tempat saya sahaja, yang sukar nak nampak? Saya biasa pergi ke Mydin Selayang dan Mydin Jasin.

Gambar saya dengan Datuk Ameer Ali Mydin pada tahun 2013, nampak montel kan? Sekarang semakin kacakss 😎

Selepas posting ini ada yang komen sukar untuk ke Mydin sebab tiada di tempat mereka. Jangan risau, Mydin boleh datang ke tempat anda.

Klik link bawah untuk membeli belah di Mydin di hujung jari anda!

Klik di sini
Klik di sini
Klik di sini

Jika ada apa2 al belajar lagi tip-tip kewangan secara bermodul, boleh dapatkan Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW.

Promosi Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM39 sahaja! Harga biasa RM49, tapi sekarang saya buat PROMOSI RM39 sahaja (tak termasuk postage)

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beberapa hari lepas saya kongsikan perihal modus operandi fake page…