Kisah bijak mengurus kewangan: Pengajaran dari ayah Dato’ Ameer Ali Mydin
Apabila membaca posting ini, teringat saya kisah yang dikongsikan oleh Dato Ameer Ali Mydin tentang ayahnya, yang juga pengasas pasaran Mydin sebelum beliau ambil alih.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2025/02/mydin.jpg?resize=526%2C518&ssl=1)
Dato Ameer memang penjimat orangnya, mewarisi sifat ayahnya walaupun sekarang beliau memiliki rangkaian pasaran Mydin seluruh Malaysia.
Seiring tagline Mydin, “Kenapa bayar lebih?”
Orang kaya macam beliau, pakai baju batik murah pun orang nampak mahal.
Kembali kepada kisah yang saya perolehi daripada beliau tahun 2013 lepas.
Beliau menceritakan kisah beliau bersama ayahnya, Mydin datang ke Restoran Mahboob, di Bangsar.
Ayahnya order mee goreng, sememangnya makanan kegemaran beliau bersama-sama air suam.
Kemudian, apabila tiba mee goreng, ayahnya meminta limau lebih.
Tidak semena-mena apabila sampai limau, ayah beliau mengambil limau tersebut dan memerah ke dalam air suam tadi.
Datuk Ali Ameer amat terkejut melihat perbuatan ayahnya! Lalu bertanya, mengapa berbuat demikian?
Jawab ayahnya, “Mengapa perlu membayar RM1.50 sedangkan ia boleh diperolehi percuma?”.
Jika beli air limau suam, kena bayar RM1.50. Jika beli mi goreng dengan limau lebih, hanya bayar harga mi dan air suam percuma.
Ada lagi beberapa kisah lain yang dikongsi oleh beliau berkenaan cara pengurusan kewangan ayahnya yang juga pengasas pasaraya Mydin, antaranya:
– Jika beli lauk berkuah, contohnya ayam kari – satu ketul dibungkus satu plastik, jangan gabungkan beberapa ketul dalam satu plastik. Harganya sama, tapi kita akan dapat kuah yang lebih dan boleh gunakan banyak kali.
– Jika balik ke Kalantan daripada KL, ayahnya lebih suka naik bas berbanding naik kapal terbang untuk jimatkan kos. Waluapun ada kapal terbang tambang murah, tapi jika dicampur kos perjalanan ke lapangan terbang akan jadi lebih tinggi. Naik bas lebih murah dan tempat duduk lebih selesa berbanding kapal terbang murah.
Pesanan Datuk Ali Mydin, sebagai bisnesman kita perlu berkira-berkira.
Sehingga kini, tagline “Mengapa Bayar Lebih?” menjadi motto Pasaraya Mydin.
Bila kali terakhir anda ke Mydin?
Saya suka ke Mydin sebagai tanda sokongan kepada usahawan Muslim. Jika ke sana, sukar nak jumpa pelanggan berbangsa Cina. Orang lain perasan perkara sama tak? Atau mungkin di tempat saya sahaja, yang sukar nak nampak? Saya biasa pergi ke Mydin Selayang dan Mydin Jasin.
Selepas posting ini ada yang komen sukar untuk ke Mydin sebab tiada di tempat mereka. Jangan risau, Mydin boleh datang ke tempat anda.
Klik link bawah untuk membeli belah di Mydin di hujung jari anda!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran