fbpx

Kisah Bisnes Kad Lama

Sedang kemas fail-fail lama, tiba-tiba terjumpa bisnes kad lama ini sewaktu saya mula-mula menjadi perunding takaful secara separuh masa.

Ingat-ingat lupa tahunnya tapi saya jalankan bisnes ini secara “no-time” dari 2003 hingga 2006 dan part-time dari 2006 hingga 2009, sebelum full time bermula 2009.

Ketika itu saya dengan bangganya meletak title degree saya “LL.B (Hons), UIAM”.

Siapa tak bangga woi.

Bukan senang nak habiskan degree kursus undang-undang, di UIAM pula tu. Di sini, antara kulliyyah yang tinggi pelajar kena buang. Adeh…

2 tahun di matrikulasi Lembah Pantai dan PK + 4 tahun di main camp di Gombak = menjadikan total 6 tahun untuk mendapatkan title LL.B (Hons), UIAM.

Belajar pula dalam bahasa Inggeris + bahasa Arab. Kalau sambung satu tahun lagi, Boelh dapat 2nd degree dapat tambah title “Shariah” menjadi LL.B Shariah. Saya tak sambung. Malas belajar. Hahaha

LL.B bermaksud Legum Baccalaureus yg mudah difahami sebagai Ijazah Undang-undang. LLB juga kadang-kadang ditakrifkan sebagai “Look Like Busy” dan boleh jadi juga “Lama-lama Biol”.

Hoho!

Namun, itu cerita lama.

Ada satu insiden yang menyebabkan saya tidak lagi meletakkan title degree tersebut.

Suatu hari, saya berjumpa dengan seorang prospek yang juga seorang peguam senior di KL. Beliau telah “membasuh” saya supaya chambering dan practise, sejak itu saya tidak lagi meletakkannya di bisnes kad saya.

Ada yg hendak tahu kisah tersebut?

Cukup 10000 like saya kongsikan kisah penuh. Boleh share juga posting ini.

Kalau sambung, saya akan kongsikan di Telegram https://t.me/AfyanIFP

Gambar hiasan: gambar di bisnes kad adalah gambar sebenar saya. Ketika itu. Bukan gambar Fattah Amin atau Aaron Aziz.

Ada klien-klien saya yang pernah dapat bisnes kad rare ini?

Afyan Mat Rawi, IFP
LL.B (Hons) UIAM

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com