fbpx

Kisah hutang RM4 juta Khairul Hakimin Muhammad

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 316Words
  • 1040Views

Membaca posting Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang membuat jualan ebook-ebook beliau untuk membantu beliau melunaskan hutang RM4 juta yang ditanggungnya, teringat kisah saya sendiri pada 2017 dahulu.

Ramai yang support dan tidak kurang yang mempersendakan beliau, mirip situasi yang saya alami 7 tahun lalu.

Waktu mula-mula saya kongsikan perihal saman tersebut tahun 2016, ramai menggesa saya buka tabung guaman sebagai solidariti sokongan terhadap kes saya.

Berat juga untuk tunaikan kerana saya tahu mesti ramai yang menempelak. Sudahlah saya ni memang banyak haters. Hahahah.

Hanya setahun selepas itu, apabila kes selesai dan memenanginya, barulah saya membuka tabung guaman tersebut dengan cara melakukan jualan amal.

Sebiji cara yang KHM lakukan, harga ditentukan oleh pembeli. Harga biasa saya jual hanyalah RM37. Ada yang membeli dengan RM1 dan ada juga yang membeli dengan harga RM1K!

Hanya Allah sahajalah yang membalas jasa rakan-rakan yang support.

Apa yang dijangka, memang berlaku. Ada segelintir memandang sinis. Tak kurang haters yang bertepuk tangan.

Siapa ingat lagi peristiwa tersebut? Siapa ingat lagi komen yang saya screenshot ini?

Siapa yang ingat, bermakna dah follow saya sejak zaman saya bergaduh dengan Alfafa lagi. Hahahah!

Setakat ini satu-satunya scammer yang bersungguh heret saya ke mahkamah. Scammer lain hanya pandai ugut sahaja. Hoho!

Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah.

Usah gembira melihat orang lain ditimpa musibah.

Jika tidak mampu membantu, usah menyusahkan.

Jika dibandingkan dengan ebook saya dahulu yang hanya sebuah, sangat jauh nilainya dengan ebook-ebook yang dijual oleh Tn KHM.

Boleh pergi ke FB beliau untuk dapatka ebook-ebook tersebut.

Ada ebook tulisan beliau yang saya pernah beli sebelum ini, dan saya berpuas hati dengan panduan personal branding yang diberikan.

Jadi peluang kali ini saya tidak lepaskan untuk memborong semua ebook beliau dengan harga yang kita sendiri tentukan. Seringgit pun beliau terima.

Saya berani rekomen koleksi ebook yang dijualnya sangat tak ternilai harganya, lebih-lebih lagi bab penulisan dan personal branding.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Melihat gambar oleh Kartunis Aku Napie Bujang Kartun, terus terimbau…