fbpx

Rancang Wang Persaraan Mengikut Capital Liquidation Dan Capital Intact

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 217Words
  • 337Views

Tulisan ini di ambil dari FB Hafiz al-Ansari berkenaan cara pengiraan plan persaraan mengikut capital iquidation dan capital intact

Susulan post semalam berkenaan 3 dana yang wajib setiap orang miliki, hari ini saya kongsikan cara mengira amaun persaraan yang secukupnya berdasarkan perbelanjaan bulanan semasa.

Kita ambil contoh Zul, seorang penyokong Liverpool di Melaka. Saya pun tak kenal siapa Zul ni sebenarnya.

Umur : 30 tahun
Perbelanjaan bulanan : RM 3 000
Usia pencen : 60 tahun

Anggaran kos sara hidup akan meningkat setiap 10 tahun. Ketika usia 60 tahun, kos sara hidup dianggarkan RM 12 000. Kita kurangkan kepada RM 10 000 kerana beberapa hutang sudah habis dibayar seperti PTPTN, kereta & rumah, ataupun hutang PTPTN sudah dimansuhkan oleh kerajaan baru.

Umur purata kita ambil 75. Makna kata kehidupan selepas pencen ada lagi 15 tahun.

Ada 2 cara iaitu capital liquidation (pencairan modal) & capital intact (pengekalan modal).

💵 Capital liquidation
RM 10 000 x 12 bulan x 15 tahun
= RM 1.8 juta

RM 1.8 juta diperlukan ketika umur persaraan. RM 10 000 digunakan setiap bulan & akan habis dalam masa 15 tahun.

💴 Capital intact
Berapakah jumlah besar yang diperlukan untuk menghasilkan dividen RM 120 000 setahun dengan kadar 6 %. Jumlahnya adalah RM 2 juta . Hasil dividen inilah yang akan digunakan sebanyak RM 10 000 sebulan. Modal RM 2 juta tidak diusik.

Bagaimana nak dapatkan amaun persaraan juta-juta tanpa perlu anda menabung sebanyak itu?

Yang tu dalam post seterusnya.

Kata kunci COMPOUNDING EFFECT.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tugas Sebenar Perunding Kewangan Kepada Prospek Tugasan sebenar seorang perunding…