fbpx

Cara pelaburan yang membosankan

  • 11 months ago
  • 4Minutes
  • 715Words
  • 288Views

Saya ada update status yang berbunyi

“Cara pelaburan saya sangat tidak hype & bosan. Saya tak fokus kepada jumlah peratusan keuntungan yang tinggi, tapi fokus untuk tinggikan modal”

Ada yang tanya, bagaimana caranya. Ini cara saya.

1. Fokus tambah incomet

2. Kekalkan perbelanjaan

3. Duit lebih masuk TH.

Bosan kan? Cara saya ini sangat-sangat-sangat konservatif. Selain tidak hype dan membosankan, ia juga rendah risiko. Saya memang bukan jenis high-risk taker. Dan pastinya, low risk, low return.

Tak sesuai untuk orang yang nak untung cepat. Tak sesuai juga untuk orang yang nak kaya cepat. Tak sesuai untuk orang yang tak sabar.

Kalau saya melabur dalam pelaburan yang agak berisiko, saya akan pastikan wang tersebut yang saya bersedia untuk hilang 100%.

Antara pelaburan berisiko agak tinggi yang saya sertai seperti unit trust, saham, private mandate, Kripto, emas dan hartanah.

Paling berisiko tinggi yang saya ambil masa untuk melabur hampir 3 tahun kaji ialah pelaburan kripto. Yang menjadikan ia lambat sebenarnya bukan kajian sangat, tapi tak yakin dengan status patuh syariah.

Saya masih ingat lagi, saya buat keputusan untuk melabur Kripto selepas program live #BorakMembaWang bersama Dr Daud Bakar berkenaan pelaburan kripto yang meyakinkan saya ia patuh syariah, penghujung tahun 2021.

Masa tu saya dah timing ketika harga kripto jatuh dan dijangka selepas itu ia akan terbang to the moooon. Tapi malangnya lepas masuk, memang teruuuuuuuuuuus jatuh teruk dan murung saya dibuatnya.

Sampai sekarang masih HODL dengan “keuntungan” kira-kira negatif 50%

Alhamdulillah, pelaburan lain seperti emas, unit trust, private mandate – keseluruhannya positif walaupun ada beberapa portfolio yang negatif terutama ketika market jatuh terus setahun dua lepas.

Ada juga pelaburan yang saya tersontot di jalan yang terang iaitu hartanah, ketika PKP lepas memang bleading habis. Tak ada penyewa langsung dan mujurlah risiko tersebut sudah bersedia awal.

Tambah pendapatan

Fokus saya ialah tambah pendapatan. Alhamdulillah, ada beberapa sumber pendapatan berbentuk harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Syukur kepada Allah gerakkan hati saya terlibat dalam bidang kewangan 20 tahun lalu. Kalau ada yang mahukan bimbingan saya dalam bidang kewangan ini sebagai konsultan, boleh PM tepi.

Ada banyak peluang kerjaya dalam bidang ini yang saya ceburi dan ajak rakan-rakan join seperti ejen takaful, unit trust consultant, marketing representative dan financial planner, di bawah Team INFAQ Consultancy. Klik di sini

Dalam masa sama, kawal sebaik mungkin perbelanjaan sekalipun pendapat meningkat.. Saya bukan jenis yang suka tukar-tukar kereta, pakai sampai habis bayar. 2 kereta pertama saya pakai sampai habis bayar, Kancil dan Persona. Rumah pun tak ada nak renovate. Pakaian, aksesori dan sebagainya tak perlu yang branded dan mahal-mahal.

Saya tak pandai nak cerita pasal pelaburan-pelaburan yang hype dan bombastik. Juga tak pandai sangat nak leverage sana leverage sini. Juga saya tak pandai nak buat trading. Itu bukan passion saya, buat masa ini. Masa akan datang siapa tahu.

Sebab itu saya agak kritikal kepada beberapa instrumen dan isu kewangan seperti ASB Financing, emas leverage, cashback dalam pelaburan hartanah, beli rumah tanpa deposit, personal loan, kad kredit, dan segala macam perkara berbentuk hutang.

Bukan semua tu tak bagus, tapi tak sesuai untuk orang macam saya. Dan saya yakin di luar sana ada ramai lagi yang sebenanrnya belum sesuai untuk menyertai pelaburan-pelaburan yang tinggi risiko.

Pelaburan rumah sewa yang tak ada penyewa masa PKP tadi, sekarang sudah diduduki. Alhamdulillah, bleading dah kurang. Saya jangkakan, masa di usia emas nanti semua dah habis bayar dan tetap disewakan untuk dapat rental income pula. Worst case scenario, rumah-rumah tersebut dijual dan hasil jualan letak di TH.

Jika saya meninggal dunia awal, wasiat dan takaful sudah disediakan seawal usia saya 26 tahun lagi. Setiap 5 tahun sekali saya akan review untuk tambah apa yang patut, bersesuaian dengan komitmen dan hutang piutang yang ada.

Oh ya, rumah pertama saya sekarang akan habis kira-kira 6 tahun lagi dan sekarang ansuran dibayar 100% melalui sewaan. Rumah tu memang plan untuk persaraan kelak, betul-betul sebelah masjid dan dekat dengan pengangkutan awam. Saya beli masa sebelum usia 30 tahun.

Ini game plan saya untuk perancangan hingga usia emas kelak. Masa tu anak-anak dah besar dan berdikari, wang dalam Tabung Haji cukup untuk memberi pendapatan tahunan tanpa perlu bergantung harap orang lain. Oh ya, KWSP pun saya ada carum walaupun bekerja sendiri dan tidak diwajibkan.

Jika masa tu dah kiamat, sekurang-kurangnya saya sudah membuat persediaan.

Kalau belum kiamat, masa tu kripto yang tengah negatif 50% sekarang dijangka to the mloooooooon dan mencecah sejuta peratus!!!

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Membaca posting Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang membuat jualan ebook-ebook…