fbpx

Kisah Jam

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 243Words
  • 371Views

Cerita sebuah jam

Alkisah, seorang tukang jam berkata kepada jam yang sedang dibuatnya;

“Wahai jam, adakah engkau sanggup untuk berdetak sebanyak 31,104,000 kali selama setahun?”,

Jam terperanjat.

“Ha??? 31,104,000 kali? Banyaknya! Tak mungkin saya dapat lakukan” , jawab jam.

“Jika begitu, bagaimana sekiranya engkau berdetak sebanyak 2,592,000 kali dalam sebulan?” tanya si tukang jam lagi.

“2,592,000??? Terlalu banyak. Aku tak mampu berdetak sebanyak itu”, jawab si jam. Konsisten ia meragui dirinya.

“Bagaimana jika 86,400 kali dalam sehari?” tanya si tukang jam lagi.

“Maaf Tuan, dengan keadaan begini, aku tak mampu untuk berdetak sebanyak 86,400 kali”. jawab jam penuh keraguan.

Tukang jam tersenyum dan bertanya lagi,,

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam masa satu jam?”

“Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Masih banyak!”. Jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya sendiri.

Tukang jam penuh sabar berbicara bicara kepada jam.

“Jika begitu, apa kata kalau engkau berdetak sekali sahaja dalam setiap saat?”

“Haaa.. Jika sekali sahaja setiap saat, itu mudah. Aku sanggup lakukan!”

Tukang jam tersenyum mendengar jawapan jam.

Dia terus menyiapkan kerjanya lalu jam tersebut berdetak sekali sahaja setiap saat.

Masa berlalu dan terus berlalu, sedar tak sedar, jam itu terus berdetak dan berdetak.

Ia berdetak sekali sahaja sesaat. Setiap jam ia berdetak 3,600 kali. Setiap hari 86,400 kali setiap bulan 2,592,000 kali.

Dan akhirnya setiap tahun ia mampu berdetak sebanyak 31,104,000 kali!

Adaptasi dari cerita yang saya dengar dari Ustaz Badli Shah dalam slot Motivasi Pagi di IKIM, beberapa tahun sudah.

Apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita di atas?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Baru-baru ini saya kongsikan bagaimana zakat ASB dikira, sekiranya perlu…