fbpx

Hukum Wang Kutu Yang Diterima Sebelum Meninggal Dunia

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 352Words
  • 444Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

HUKUM WANG KUTU YANG DITERIMA SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Semalam saya ada terima persoalan berkaitan wang kutu simati .

Maksud Wang Kutu

Saya mulakan dengan kutu atau maksud sebenarnya ialah usaha gotong-royong bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentu­kan giliran orang yg mendapatnya dengan cara mengundi. [Lihat: Kamus Dewan Edisi Keempat). Pada dasarnya, hukum bermain kutu adalah harus

Fakta kes:
Simati telah menerima wang kutunya dan meninggal dunia sebelum melangsaikan semua pusingan kutu.

Persoalan

  • Adakah wang kutu yang diterima semasa hidupnya adalah pusaka simati ❓
  • Adakah simati perlu jelaskan hutang / pusingan wang kutu yang masih berbaki❓
  • Daripada duit mana wang yang perlu diambil bagi menjelaskan hutang simati ( pusingan kutu ) tersebut ❓

Hukum kepada persoalan yang dikemukakan, boleh dikatakan di sini bahawa
wang kutu yang diterima sebelum si mati meninggal dunia adalah PUSAKA dan perlulah dibahagikan kepada para waris faraid simati yang berhak.

Kemudian, bagi baki bayaran bulan berikutnya perlulah DILUNASKAN oleh para waris faraid menggunakan HARTA PENINGGALAN SI MATI melainkan wujudnya waris yang ingin menanggung hutang tersebut dan si mati dikira terlepas dari beban tanggungannya (zimmah) setelah diselesaikan keseluruhan hutangnya (pusingan wang kutu tersebut)

Keadaan atau situasi

Jika simati sewaktu meninggal telah menerima duit kutu telah dihabis dibelanjakan tetapi pusingan kutu itu belum selesai.

Semasa kematiannya simati tidak meninggalkan sedikit harta pun .

Mengikut situasi diatas maka sepatutnya waris faraid wajib menjelaskan duit kutu yang masih belum selesai itu menggunakan DUIT PENINGGALAN SIMATI.

Tetapi berbalik kepada situasi yang mana simati tidak meninggalkan langsung harta , maka tidak wajib untuk waris faraid menanggung keatas hutang kutu dengan duit waris faraid tersebut kecuali waris faraid bayar atas sebab belas ehsan waris faraid kepada simati .

Bagaimana jika waris tidak bayar hutang wang kutu tersebut dengan duit waris faraid tersebut .

Hukumnya tidak berdosa keatas waris faraid tersebut. Hutang tersebut akan ditanggung dan dibawa oleh simati ke alam akhirat tersebut untuk di hisab oleh yang maha Esa .

Ada bertanya bagaimana nak pastikan hutang tersebut diselesaikan menggunakan duit sendiri selepas kematian.

Daripada 1000 cadangan penyelesaian, antara penyelesaiannya yang dicadangkan adalah dengan merancang ketika hidup dengan menyediakan satu dana pantas melalui sumbangan pelindungan .

Ahmad Mustapha
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selepas berbulan-bulan darurat dan PKP yang longgar, akhirnya kerajaan mengunumkan…