Kisah Mat Jenin
Ingat cerita Mat Jenin?
Saya ringkaskan, kisah rakyat ini berkenaan Mat Jenin yang jatuh daripada pokok kelapa disebabkan berangan ketika panjat pokok kelapa. Dalam angannya, Mat Jenin bermimpi kelapa yang dipetiknya berjaya dijual banyak dan dia menjadi kaya dengan jualannya sebelum akhir sekali dia berkahwin dengan anak raja.
Tahukah anda, sebenarnya cerita dongeng Mat Jenin ini direka cipta oleh penjajah dan dimasukkan dalam silibus pendidikan Inggeris sejak tahun 1880-an.
Bukan setakat cerita Mat Jenin, malah majoriti cerita-cerita dongeng Melayu seperti Si Tangang, Pak Pandir, Si Luncai, Lebai Malang, Pak Kaduk dan lain-lain semuanya adalah cerita rekaan British. Tujuannya adalah untuk me”mandom”kan pemikiran orang Melayu
- Mat Jenin – mati jatuh pokok kelapa.
- Si Tanggang – mati kena sumpah jadi batu oleh ibu kandung.
- Batu Belah Batu Bertangkup – mati kena telan dengan batu sebab merajuk dengan anak.
- Lebai Malang – nak tonjolkan golongan agama yang disinonimkan dengan istilah lebai, tapi tamak
- Pak Pandir – sebodoh-bodoh manusia atas muka bumi. Anak sendiri pun tak kenal. Kambing tak kenal.
- Si Luncai – berjaya dengan cara menipu.
- Pak Kaduk – diaibkan apabila telanjang kerana baju kertas terkoyak walaupun ayam sabung menang.
Perasan tak semua kisah-kisah dongeng itu semuanya akan berakhir dengan pengakhiran yang negatif. Mat Jenin mati meninggal dunia sebab jatuh pokok kelapa. Si Tanggang mati kena sumpah jadi batu. Bawang Merah Bawang Putih, mati jadi ikan kaloi. Mak Si Pekan mati kena telan dengan Batu Belah Batu Bertangkup. Semua berakhir dengan “sad ending”
Cuba bandingkan kisah-kisah dongeng daripada Barat seperti Beauty and The Beast, Rapunzel, Cinderella, Snow White – semuanya berakhir dengan “happy ending”. Selalunya kisah-kisah dongeng daripada Barat akan berakhir dengan berkahwin dengan anak raja.
Tak ada cerita Rapunzel jatuh daripada menara. Tak ada cerita Cinderellah kena sumpah jadi batu oleh mak tirinya. Tak ada cerita Snow White mati kempunan tak dapat makan epal kegemaran.
Dalam cerita-cerita dongeng Melayu digambar bahawa watak-watak ini pemalas, suka berangan, derhaka, suka menipu, tamak dan pelbagai sikap negatif.
Naratif ini dibawa oleh penjajah untuk ditanam ke dalam minda orang Melayu bahawa itulah sikap mereka. Naratif ini ditanam sejak berkurun lamanya. Disebarkan melalui buku-buku teks terbitan penjajah bagi menenggelamkan sifat positif orang Melayu yang suka berdagang dan merantau serta berjuang mempertahankan tanah air.
Secara tak langsung pemikiran itu tertanam dalam pemikiran sub-liminal orang Melayu. Dan naratif cerita dongeng itu tidak tamat di situ. Ia disambung ke dalam bentuk-bentuk lain seperti filem dan lagu.
Tengok filem-filem P. Ramlee dan cari watak orang kaya. Haji Bakhil dalam filem Labu-Labi, Nyonya Mansor dalam filem Ibu Mertuaku, Bapa Azizah dan Ghazali dalam filem Penarik Beca, Abdul Wahab dan Abdul Wahub dalam filem 3 Abdul, Kassim Baba dalam filem Ali Baba Bujang Lapok dan lain-lain.
Tidak dapat dinafikan ada pengajaran positif dalam filem-filem tersebut. Tapi perasan tak dalam hampir semua filem menonjolkan watak antagonis dari kalangan orang kaya. Orang kaya mesti jahat, kedekut taik hidung masin, tamak haloba, berebut harta dan lain-lain.
Malah ia terbawa-bawa dalam filem dan drama Melayu moden.
Nampak tak betapa berjayanya penjajah British. Walaupun mereka sudah tiada setengah abad, tapi agenda mereka disambung oleh kita semua tanpa kita sedari.
Sebab itu apabila ada pemimpin Melayu dik kata Melayu malas, Melayu tak maju, Melayu tak pandai bisnes dan segala macam naratif dan persepsi negatif terhadap Melayu – saya tak hairan sangat.
Sama ada dia terpengaruh dengan agenda British dulu, atau dia sendiri ada agenda tersendiri kepada bangsanya.
Gambar sekadar hiasan
Afyan Mat Rawi
Mat Jenin moden. Mempunyai azam tinggi untuk mencapai awan. Sudah buat persediaan awal, kalau jatuh ada coverage takaful.
Mat Jenin moden nak ajak orang ramai belajar ilmu kewangan di #eSeminarBMW eSeminarBMW
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran