fbpx

Berhutang, Tabiat Yang Sukar Dirawat

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 175Words
  • 449Views

Berhutang ini satu tabiat, dan ia berkaitan dengan mindset.

Orang yang suka berhutang, sampai bila-bila akan berterusan suka berhutang jika tidak diubah mindsetnya.

Mindset berkaitan dengan apa yang kita percaya, kemudian ia akan lahirkan tindakan dan kemudian mengeluarkan hasil. Akhir sekali ia menjadi satu tabiat.

PERCAYA —> TINDAKAN —> HASIL —> TABIAT

Ia adalah satu kitaran.

Contoh begini;

  • PERCAYA: Hutang menyelesaikan masalah
  • TINDAKAN: Berhutang, buat personal loan.
  • HASIL : Dapat duit hasil personal loan tadi
  • TABIAT: Suka berhutang

Kitaran ini akan terus berulang dan berulang.

Ubah Kepercayaan dan Tindakan.

TABIAT suka berhutang adalah berpunca dari KEPERCAYAAN bahawa hutang boleh membantu mendapatkan wang dengan cepat.

Ia diperkukuhkan lagi apabila, setiap kali mengambil TINDAKAN untuk berhutang personal loan, memang akan dapat HASIL iaitu wang jumlah yang dimohon.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, ialah dengan mengubah mindset.

Ubah kepercayaan dan tindakan. Ia akan mengubah hasil dan tabiat.

Atau, ubah tabiat, yang lain-lain pun akan berubah secara perlahan-lahan..

Bagaimana nak ubah tabiat? Bagaimana nak ubah kepercayaan? Ilmu.

Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Menjelang tahun 2020, ramai juga yang bertanya saya prospektus ekonomi…