fbpx

Kisah ‘Pakar’ Insurans dan Insurans Nyawa

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 205Words
  • 447Views

“…is a LIFE assured under the / ialah NYAWA yang diinsuranskan di bawah…”
.

Ini adalah dari sebuah polisi insurans konvensional di bawah syarikat Tokio Marine. 
.

Sengaja saya huruf-besarkan perkataan LIFE dan NYAWA.
.

Sebab, dahulu ada seorang ejen insurans konvensional cum ejen takaful, yang mengaku dirinya “pakar insurans” mengatakan bahawa menterjemahkan “life insurance” kpd “insurans nyawa” adalah satu kesilapan. 
.

Justeru itu fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan “insurans nyawa” adalah haram adalah satu kesalahan disebabkan salah terjemahan, kata “pakar insurans” itu. 
.

Dia turut menulis artikel menyalahkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan para alim ulama kerana kata “pakar insurans” ini bahawa mereka tidak pandai bahasa Inggeris sehingga silap membuat terjemahan. 

Kisah lanjut boleh diikuti di sini – Majlis Fatwa Silap, Insurans Halal – “Pakar” Insurans
.

Tetapi lihat polisi ini, syarikat insurans konvensional sendiri yang menterjemahkan ia sebagai “insurans nyawa”. 
.

Malah Gabenor Bank Negara sendiri pun menterjemahkan ia sebagai “insurans nyawa”, selain insurans hayat. 
.

Tapi dek untuk mempertahankan industri riba insurans konvensional, mengaku pakar yang mendakwa dia yang betul dan yang lain silap, termasuklah Majlis Fatwa Kebangsaan, Syarikat insurans konvensional, malah Gabenor Bank Negara.
.

Aduhai “pakar insurans”….
.

p/s: Istilah “pakar insurans” adalah dirinya sendiri reka dan diri sendiri mengaku 🙂

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berita ini dari Malaysiakini, sebelum PRU. Yakni sebelum PH menang…