Kisah Seorang BIG E Tanpa Ijazah
Cerita ini saya ambil daripada akhbar Utusan Malaysia, lebih 3 tahun yang lalu dan masih berada di dalam simpanan saya sehingga kini. Ia di dalam ruangan surat pembaca bertarikh 20 Mei 2004. Untuk membaca dengan lebih jelas, boleh layari utusan-online.
Di membahasakan dirinya sebagai ‘Abang’ di dalam tulisannya. Antara pengalaman BIG E ini;
- Beliau seorang anak yatim piatu pada usia 19 tahun, dan hanya berkelulusan SPM gred 3.
- Pada ketika itu, tahun 80, gred 3 masih laku utnuk mendapat jawatan seperti posmen, pembantu makmal atau memasiku maktab, namun beliau tidak berpeluang mendapatkannya.
- Kerjaya BIG E pertama beliau adalah sebagai penjaja aiskrim.
- Kerjaya BIG E kedua pula adalah berniaga pakaian di pasar malam.
- Kenderaan pertama beliau adalah motosiakal buruk, kemudian kereta dan kemudian van. Kesemuanya dibeli untuk memudahkan urusan perniagaannya. (Ia adalah aset, bak kata pakdi)
- Dalam masa sama sebagai peniaga pasar malam, beliau menjadi ’supplier’ kelapa kepada kedai-kedai runcit.
- Hasil daripada usahanya sebagai peniaga pasar malam dan â€supplier†kelapa, beliau membeli tanah, demi BIG E.
Kini, pendapatan bulanan BIG E tanpa ijazah tersebut adalah melalui;
Menjual kelapa; 3000 biji kelapa x RM 0.20 x 30 hari = RM 18,000.00
Menjual kelapa sawit = RM 10,000.00 hingga RM 12,000.00
Menjual pakaian = RM 6,000.00 hingga 8,000.00.
Perbelanjaan menguruskan perniagaannya adalah sekitar RM 10,000.00.
Maka, pendapatan bulanan BIG E ini adalah kira-kira RM 24,000.00 hingga RM 28,000.00 melalui 3 saluran paip pendapatannya!
Amacam graduan muda, berani?
(Entri akan datang; Kisah Seorang BIG E Berijazah)
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
huwiii dasatnye big e… kalah org yg ade master! huhu just like peribahasa.. nak seribu daya.. tak nak seribu dalih… kdg2 ade gak jutawan yg blaja setakat sekolah rendah..
Afyan: Betul, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
Salam.
Ya! ada terbaca cerita ini di akhbar UM. Kemudian lupa.
Terima kasih kerana kongsikan kembali.
big Emio..
Afyan: Sama-sama kita kongsi.
Antara perniaga pasar malam ni adalah jutawan, biar tak glamour tapi banyak masuuukk, bebas dari makan gaji, jadi bos sendiri, pendapatan lumayan lebih dari org yang berkerja di pejabat2 besar dan ternama tu, kerja byk mana pun gaji macam tu jugak, kalau nak kaya buat lah perniagaan dari skrg….
Betul tu Nana,
Namun apa yang penting di sini ialah, masa yang luas untuk melakukan apa sahaja tanpa terikat majikan dan waktu pejabat