fbpx

Kisah Seorang Billionair Tanpa Wang

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 365Words
  • 403Views

Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin

KISAH SEORANG BILLIONAIR TANPA WANG

Siapa tidak tahu tentang kewujudan Bank Al-Rajhi yang kini terdapat di seluruh dunia kini. Bank ini juga merupakan bank Islam terbesar di dunia.

Namun di sebalik kejayaan dan kehebatan Bank al-Rajhi ini, pemiliknya iaitu Sulaiman Abdul Aziz al-Rajhi mempunyai kisah yang sangat menginspirasi.

Beliau yang merupakan seorang multibillionaire memilih untuk kembali miskin selepas bekerja keras untuk berjaya dalam karier kehidupannya.

Dianggarkan oleh Forbes bahawa nilai kekayaannya adalah sebanyak 7.7 billion dollar dan termasuk dalam senarai 120 orang terkaya di dunia.

Ketika umurnya 80 tahun, beliau telah mengumpulkan seluruh ahli keluarganya membahagikan kesemua hartanya dan sebahagiannya diwaqafkan .

Beliau juga mempunyai ladang kurma yang mampu menghasilkan 10000 tan setahun dan semua hasilnya diinfaqkan untuk kerja-kerja amal membina masjid di negara lain termasuk kerja amal dan iftar setiap tahun untuk masjid di Mekah dan Madinah serta kerja amal lainnya.

Ladang kurma ini juga disebutkan sebagai wakaf terbesar di bumi.

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah yang sangat mengisnspirasi ini adalah :

1. Niat

Niat kita akan menentukan sama ada kita ini kaya hanya di dunia atau kaya di dunia serta akhirat.

Beliau pastinya selain kaya di dunia pastinya mempunyai saham yang sangat besar di akhirat kelak sebagai bekalan apabila bertemu dengab Allah kelak.

2. Kaya untuk membantu orang lain

Kaya bukan semata-mata untuk kebaikan diri sendiri, tetapi lebih penting supaya kita mampu membantu orang lain yang lebih memerlukan.

3. Allah tujuan yang utama

Keutamaan dalam setiap perkara yang kita lakukan akhirnya kita kembalikan semula kepada Allah kerana Allah lah yang mrmberikan rezeki dan seluruh kemahsyuran dalan kehidupan kita.

Kata-kata beliau yang sangat memberi peringatan kepada kita adalah, melalui persoalan mengapa beliau memilih kembali miskin?

Beliau menjawab :

“Saya berasa ringan, Saya berasa bebas seperti burung dan ketika Allah memanggil saya, saya dapat menjawab panggilanNya tanpa ikatan harta”.

Justeru, kita mesti jelas dengan matlamat kewangan kita, adakah hanya sekadar di dunia atau membawa hingga ke akhirat.

‘Tepuk Dada, Tanya Diri Masing-masing’

Semoga kita mampu menjadikan beliau sebagai inspirasi dalam mengharungi kehidupan.

Hebat dan mahsyur macam mana sekalipun, ingatlah semuanya adalah milik Allah.

Boleh Follow dan Set See First untuk tips kewangan dan kehidupan seterusnya.

Zahiruddin Juatin
INFAQ Consultancy
Ranau, Sabah

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"En Afyan, saya nak beli emas. Mana yang bagus, beli…