fbpx

Hutang Yang Menyebakan Golongan Muda Muflis

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 629Words
  • 399Views

Berdasarkan kajian oleh Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia, majoriti golongan yang diisytiharkan muflis, adalah dari kalangan orang muda.

Dan majoriti besar adalah disebabkan oleh hutang kereta dan hutang peribadi (personal loan / personal financing)

Majoriti mereka yang berhutang dan muflis adalah disebabkan oleh kepuasan peribadi. Bukan disebabkan untuk pelaburan atau membina kekayaan.

Punca utama? Sebab berbelanja melebihi pendapatan. Kemudian guna kad kredit, buat personal financing.

Agaknyalah, siapa orang muda yang sebegitu?

Adakah mereka ini dari kalangan orang muda yang menganggur?

Atau anak muda yang tak ada pelajaran?

Atau anak muda yang buat kerja kampung?

Adakah mereka ini tak habis sekolah?

Tidak!!!

Saya sangat yakin dan percaya, majoriti besar mereka semua ini bukan dari kalangan golongan muda yang tiada pelajaran, yang tercicir persekolahan, menganggur, tak ada pekerjaan tetap, kerja kampung dan seumpamanya.

Saya juga sangat yakin dan percaya, anak-anak muda ini adalah dari golongan mereka yang mempunyai sijil akademik sekurang-kurangnya peringkat sijil, diploma atau ijazah. Tak mustahil juga dari kalangan yang ada PhD!

Mereka ini mempunyai pekerjaan tetap sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.

Dan yang pastinya mereka ini mempunyai slip gaji yang mampu meyakinkan bank untuk apply buat hutang!!!

Hahahaha!

Nampak tak?

Bank takkan bagi hutang pada orang tak ada pendapatan tetap seperti kerja kampung. Apatah lagi orang yang menganggur.

Mereka yang muflis ini adalah dari kalangan orang muda yang mempunyai sijil akademik.

Point utama yang saya nak highlight ialah, tiada langsung kaitan antara sijil akademik dengan kebijaksanaan kewangan.

Dan perasan tak, ilmu pengurusan kewangan peribadi tidak diajar pun di sekolah-sekolah hingga ke IPT.

  • Tidak diajar pun di pra sekolah.
  • Tidak diajar pun di sekolah rendah.
  • Tidak diajar pun di sekolah menengah.
  • Tak diajar pun di matrikulasi.
  • Tidak diajar pun kolej.
  • Tidak diajar pun di maktab.
  • Tidak diajar pun di politeknik.
  • Tidak diajar pun di universiti!

Tidak.

Dalam sistem akademik di Malaysia, ada tak silibus ilmu pengurusan kewangan peribadi?

  • Ada tak diajar ilmu bagaimana membeli kereta?
  • Ada tak diajar ilmu menguruskan hutang?
  • Ada tak diajar ilmu membeli rumah?
  • Ada tak diajar ilmu pelaburan?
  • Ada tak diajar ilmu untuk mengenal pasti scam?
  • Ada tak diajar ilmu saham, emas, hartanah, inti trust?
  • Ada tak diajar bagaimana memilih takaful dan medical card?
  • Ada tak diajar bagaimana merancang pusaka?

Tak ada.

Kalau ada pun ia dalam bentuk pengetahuan am dan akademik untuk tujuan peperiksaan. Bukan diajar sebab untuk praktikkan dalam kehidupan.

Saya dahulu belajar di Kulliyyah Undang-undang di UIAM.

Saya dulu pernah belajar ilmu faraid. Tapi tak diajar pun bagaimana menguruskan dan merancang harta pusaka agar tidak menjadi rebutan oleh waris.

Saya dahulu belajar ilmu muamalat, kewangan Islam, takaful tapi tidak belajar pun bagaimana menguruskan kewangan dengan betul, melanggan polisi takaful yang betul.

Saya dulu belajar “company law”, yang mengandungi ilmu pasal undang-undang syarikat, jenis-jenis saham dan sebagainya. Tapi tidak diajar pun bagaimana memilih saham yang berkualiti untuk dilaburkan.

Atau paling mudah, sewaktu di sekolah. Kita belajar tentang banyak formula matematik, dan formula akaun – tapi tidak diajar pun tentang formula beli kereta dan beli rumah.

Atas dasar itulah ramai yang orang yang mempunyai pelajaran pun terjebak dalam #nerakawang dan terjebak dalam dosa-dosa kewangan tanpa disedari. Malah golongan cerdik pandai inilah yang ramai terjebak dalam scam dan skim cepat kaya. Sebab mereka ada duit.

Image may contain: 2 people, including Afyan Mat Rawi, selfie

Namun ada berita baik, masih belum terlewat untuk belajar.

Ilmu-ilmu mahal ini dipadatkan dalam e-Learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW.

Melalui e-learning ini, para peserta akan belajar melalui 17 video, 2 ebook, 1 workbook, dimasukkan dalam group tertutup dan bakal ikuti Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW secara LIVE dalam group tersebut.

Malah mereka berpeluang menjana pendapatan sebagai ejen kepada #eSeminarBMW

Dapat segera di eSeminarBMW

Ada yang berminat?

Kongsikan status ini jika bermanfaat. Gambar sekadar hiasan. Saya up sebab ada yang tak percaya saya pernah selfie dengan beliau dalam posting beberapa hari lepas.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila kita beli kereta, kita akan pilih kereta yang paling…